Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resepi Lasagna Cheese Stail Mak-Mak, Sedap Sangat Sampai Anak Naik Selera

https://ift.tt/A4P8Wy6

resepi lasagna cheese

Sekali-sekala anak mesti nak makan sesuatu yang ringkas dan menyelerakan, mak-mak bolehlah cuba resepi Lasagna Cheese yang sedap ini di rumah.

Resepi Lasagna Cheese ini dikongsikan oleh Aisha Shukor di Facebook yang begitu mudah disediakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Mini Pizza Guna Roti Gardenia, Bekal Sekolah Ini Mesti Anak Suka!

RESEPI LASAGNA CHEESE

resepi lasagna cheese

Bahan-bahan inti daging:

  • 3 sudu minyak zaitun (minyak biasa pun boleh)
  • 1 biji bawang holland (dipotong)
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji capsicum (cili benggala hijau)
  • 1 paket daging kisar Ramly
  • Cili kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih)
  • Sedikit lada hitam halus
  • Garam secukup rasa
  • Cendawan butang (dipotong)
  • Sos spagheti cendawan atau original
  • ½ sudu gula
  • ½ cawan air

Bahan-bahan sos putih:

  • ¼ buku buttercup
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cawan susu low fat atau susu segar
  • ¼ cawan air panas
  • Keju cheddar atau 4 keping cheese dale
  • 1 sudu lada hitam halus
  • 1 sudu garam
  • 3 sudu besar tepung gandum

Bahan-bahan lasagna:

  • Air
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • Kulit lasagna
  • Mozarella cheese

Cara-cara penyediaan inti daging:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang holland, bawang putih dan capsicum sampai naik bau.

2. Masukkan daging kisar tapi pastikan sudah betul-betul lembut (hancur-hancurkan dengan jari supaya daging tak berketul) dan gaulkan.

resepi lasagna cheese

3. Masukkan cili kisar (ikut suka nak banyak mana), lada hitam halus, garam dan tumis sampai betul-betul masak.

4. Masukkan cendawan butang dan masak sekejap.

5. Letak sos spagheti, gula, air dan masak dalam 3 minit. Siap!

Cara-cara penyediaan sos putih:

1. Panaskan periuk, kemudian cairkan buttercup dan masukkan bawang putih.

2. Setelah naik bau tumis tadi, masukkan susu.

3. Masukkan air panas dan keju, lada hitam halus dan garam, kemudian biarkan masak sampai cheese larut.

4. Masukkan tepung gandum dan terus kacau sampai pekat dan tak berketul. Siap!

Cara-cara penyediaan lasagna:

1. Panaskan air dalam kuali, letak minyak masak dan garam, kemudian biarkan mendidih.

2. Celur kulit lasagna sampai lembut, tapi jangan sampai lembik sangat.

*Cara saya lapiskan memang cepat, sambil lapis sambil rebus kulit, jadi jimat masa, jika tak dicelur nanti keras dan tak puas makan.

3. Masukkan satu lapisan inti daging ke dalam loyang atau aluminium foil pakai buang, tapi tak perlu tebal sangat.

4. Lapiskan dengan kulit lasagna yang sudah dilembutkan tadi.

5. Letakkan sos putih dan tabur mozarella cheese, kemudian lapiskan dengan kulit lasagna lagi.

6. Ulang langkah (3) dan letak mozarella cheese paling atas.

7. Panaskan oven menggunakan suhu 180ºC dan bakar lasagna selama 30 minit dengan api atas bawah. Selepas 5 minit, tukar api atas saja dan kuatkan ke suhu 220ºC untuk dapatkan permukaan cantik. Siap!

Setelah buat resepi Lasagna Cheese ini di rumah, anak anda pasti takkan menolak untuk memakannya kerana sedap tak terkata. Silap-silap, sampai minta anda buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Resepi Lasagna Roti Terlajak Mudah, Sekali Pandang Je Terus Terliur!

The post Resepi Lasagna Cheese Stail Mak-Mak, Sedap Sangat Sampai Anak Naik Selera appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!