Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resepi LEMPENG KAMPUNG Gemuk Gebu, Puas Makan Ramai Tak Sempat Berebut!

Lempeng kampung merupakan antara variasi lempeng yang ada di Malaysia. Seperti resepi lempeng kampung Fuad Ismail Iskandar di bawah, bahan adunannya mempunyai telur sebagai kunci utama untuk menjadikan hasilnya gebu dan gemuk.

Baca juga: Resepi Ikan Siakap Bakar Sambal Melewah, Tanpa Air Asam Pun Masih Kecur Air Liur!

RESEPI LEMPENG KAMPUNG

resepi lempeng kampung

Gambar: Fuad Ismail Iskandar

Sebelum pembaca melihat resepi lempeng kampung tersebut, mari kenali sedikit info mengenai makanan ini.

Lempeng atau pancake merupakan makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali dan disapu minyak masak atau mantega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadang-kadang telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalunya dimasak di atas kuali leper. Jadi, jom lihat resepinya di bawah!

Buat cake gebu, buat lempeng kampung pun gebu. Untung lah barang siapa yang berjodoh dengan diriku ini hehehe. Lempeng cicah sambal sardin yang tengah hari tadi saya tak habis makan (gambar).

Baca juga: Petua Mudah Simpan DAUN PISANG Kekal Hijau Segar Selama 2 Bulan, Jimat Pakai Berniaga!

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 2 cawan setengah
  • Air 3 cawan setengah lebih kurang
  • Telur 2 biji (rahsia lempeng gebu)
  • Garam sikit
  • Aji sikit (pilihan)
  • 3 sudu minyak masak

Baca juga:

Cara penyediaan:

resepi lempeng kampung

Gambar: Fuad Ismail Iskandar

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan ia sehingga adunan sebati. Kalau nak mudah, anda boleh kisar semua bahan.
  2. Tekstur adunan lempeng akan kelihatan sedikit ringan atau cair berbanding membuat adunan jemput-jemput.
  3. Kemudian, boleh masak bancuhan lempeng di atas kuali yang panas. Boleh pakai jenis kuali yang tidak melekat jika ada.

Lempeng gebu dan gemok pun siap! Lempeng kampung ini enak digandingkan dengan pelbagai pencicah. Antaranya ialah sambal ikan bilis, gula atau susu pekat. Selamat mencuba!

Baca juga: Patutlah Liat, Rupanya Ini Rahsia SAMBAL IKAN BILIS Garing & Tahan Sebulan!

Sumber: Fuad Ismail Iskandar via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Fuad Ismail Iskandar

The post Resepi LEMPENG KAMPUNG Gemuk Gebu, Puas Makan Ramai Tak Sempat Berebut! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!