Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Piala Dunia Hoki: Arul puas hati prestasi pemain

BHUBANESWAR – Hampir 15,000 penyokong yang hadir membanjiri Stadium Kalinga kelmarin bangun dari tempat duduk masing-masing dan memberikan tepukan gemuruh kepada skuad hoki negara walaupun mereka gagal untuk mara ke saingan suku akhir Piala Dunia Hoki 2023.

Situasi penuh emosi itu berlaku ketika barisan pemain negara mengelilingi padang sejurus tewas 3-4 kepada Sepanyol menerusi penentuan shoot-out selepas terikat 2-2 dalam aksi cross over yang penuh mendebarkan.

Biarpun gagal ke suku akhir, tetapi tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata peminat sukan tempatan dan antarabangsa memuat naik status memuji ke­seluruhan persembahan The Speedy Tigers sepanjang perlawanan tersebut.

Faktor nasib tidak menye­belahi Malaysia dalam aksi itu juga perlu diambil kira apabila satu jaringan negara dibatalkan selain penalti shoot-out diambil Shello Silverius terkena hanya singgah ke tiang gol.

Walaupun perit untuk me­nerima kekalahan itu, tetapi ketua jurulatih, A. Arul Selvaraj tetap berpuas hati dan berbangga dengan semangat juang ditunjukkan anak-anak buahnya.

“Sepanyol berada pada satu kelas yang berbeza disebabkan pendedahan mereka dan sentiasa beraksi di Sukan Olimpik serta Liga Pro FIH. Kita pula sudah lima edisi terlepas ke Olimpik.

“Pemain telah berjuang habis-habisan dan sangat kecewa kerana mereka semua nak bermain di suku akhir. Tetapi, saya berbangga dengan mereka dan sekarang kami akan ke Rourkela semula untuk aksi seterusnya,” katanya.

The Speedy Tigers kini terpaksa menghadapi perjalanan panjang dengan menaiki kapal terbang dari Bhubaneswar ke Jharsuguda dan kemudiannya mengambil bas yang akan memakan masa selama dua jam sebelum tiba di Rourkela.

Berdasarkan format, Malaysia perlu bermain aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 menentang pasukan tercorot Kumpulan A, Afrika Selatan di Stadium Hoki Birsa Munda pada Khamis ini.

Jika menang, Malaysia akan beraksi dalam satu lagi penentuan tempat kesembilan hingga 12 pada 28 Januari ini bertemu sama ada Wales atau tuan rumah, India yang turut gagal ke suku akhir.

The post Piala Dunia Hoki: Arul puas hati prestasi pemain appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!