Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Pengemis ‘buta’ bertempiaran lari lihat penguat kuasa JKM

KUALA LUMPUR – Seorang pengemis yang menyamar memiliki kecacatan penglihatan bertempiaran lari apabila melihat kedatangan penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Jalan Masjid India, di sini, petang tadi.

Ketika cuba diselamatkan penguat kuasa JKM, lelaki yang memegang tongkat sebagai orang buta itu terus berlari seperti orang yang sihat ke kawasan orang ramai sehingga gagal dikesan.

Sementara itu, seorang pengemis wanita warga Indonesia telah ditahan ketika membawa seorang bayi lelaki berusia 17 hari untuk memungut sedekah daripada orang ramai di Masjid Jamek Kampung Melayu, Kampung Baru, di sini.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, bayi tersebut yang lahir pada 14 Mac itu dibawanya sejak seminggu lalu selepas tamat tempoh pantang.

Jelasnya, dia kembali memasuki negara ini secara haram pada 2019 dipercayai menggunakan khidmat warga tempatan meskipun pernah dihantar pulang ke negara asalnya pada tahun 2018 akibat ditahan Imigresen di sekitar Kuala Lumpur.

Wanita warga Indonesia yang membawa bayi berusia 17 hari diselamatkan anggota JKM di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

“Sehari dapat hampir RM100 tetapi belum ditolak kos pengangkutan datang ke sini (Masjid Jamek), pergi dan balik ke rumah dalam RM40 untuk grab. Saya tidak suka duduk di rumah, suami saya memang tak bagi saya mengemis tapi saya buat untuk cari duit lebih secara suka-suka,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 50-an menjadi ‘juara’ pungutan wang terbanyak dalam masa sebulan dengan angka sekitar RM8,500.

Bagaimanapun, lelaki tersebut yang memasuki Malaysia melalui pas lawatan sosial sejak 1 Mac lalu memberi alasan dirinya menetap di sebuah masjid sekitar Kuala Lumpur dan mendapat pendapatan tersebut hasil jual cincin batu di sekitar Masjid India.

Kesemua pengemis ini ditahan di dalam Operasi Pembasmian Aktiviti Pengemis di Sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur membabitkan kakitangan JKM yang bermula pada pukul 6 petang sehingga 8 malam hari ini.

Ketua Pengarah JKM, Norazman Othman berkata, seramai 16 orang ditahan membabit 10 warga asing dan 6 warga tempatan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183).

“Kesemua ditahan berusia 17 hari sehingga 55 tahun dibawa ke Pejabat JKM Kuala Lumpur untuk tindakan seterusnya dan jumlah rampasan operasi ini adalah sebanyak RM9,668 dan 255 Riyal Dirham.

“Kami akan menggiatkan operasi ini secara berkala dan bersepadu namun memerlukan persediaan yang lebih rapi, usaha ini berterusan dari semasa ke semasa dan menyasarkan bulan Ramadan bagi operasi yang seterusnya.

“Ibu negara sudah menjadi bertaraf bandar raya dan hal ini menyebabkan golongan tempatan dan warga asing menjana pendapatan melalui mengemis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

The post Pengemis ‘buta’ bertempiaran lari lihat penguat kuasa JKM appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!