Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

‘Membawang’ & Mengejek Di Whatsapp Boleh Jadi Kes Jenayah, ANDA Mungkin Pelakunya!

Menggemparkan rakyat Malaysia baru-baru ini adalah kes meragut nyawa seorang pempengaruh wanita berumur 29 tahun apabila mayatnya itu ditemui di rumah kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lepas. Siasatan sehingga kini mendapati, puncanya adalah akibat kesan jenayah siber semasa aktiviti penstriman video yang berlaku kepada dirinya.

Mungkin kedengaran seperti hal kecil namun, budaya mengejek, mengusik atau ‘membawang’ tentang individu secara terus seperti dalam Whatsapp atau media sosial yang lain boleh dianggap sebagai jenayah. Menjadi seorang ‘keyboard warrior’ mungkin disangkakan tiada impak apa-apa, namun kita lupa bahawa kata-kata boleh menjadi lebih tajam dari pisau!

Baca juga: Malaysia Negara Ke-2 Paling TERUK Dalam ‘Work Life Balance’ Menurut Kajian Global

KESAN JENAYAH SIBER UNDANG PADAH, ‘MEMBAWANG’ BOLEH JADI PUNCA NAIK MAHKHAMAH

kesan jenayah siber

Foto: MakeUseOf

Pada 2020, Malaysia berada pada tempat kedua di Asia sebagai negara yang mempunyai kes perlecehan siber atau budaya ‘membawang’ yang tinggi, menurut kajian Science Direct. Malah, menurut United Nations Children’s Fund (UNICEF), 3 daripada 10 anak muda di Malaysia pernah ‘diusik’ secara dalam talian.

Bila ‘membawang’ bertukar menjadi jenayah, pelaku boleh dipenjara akibat kata-kata kesat individu tidak bertanggungjawab, mangsa berisiko mengalami tekanan yang berpotensi menjurus kepada penyakit seperti depresi sehingga boleh meragut nyawa, masalah kebimbangan, keresahan dan lain-lain.

Malah, dalam kes yang lebih teruk, tindakan ‘membawang’ ini boleh bertukar menjadi jenayah apabila ia melibatkan unsur ugutan seperti rogol, niat mencederakan, bunuh dan sebagainya. Pelaku boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara ataupun denda.

Ugutan jenayah di dalam seksyen 503 Kanun Keseksaan meliputi tindakan mengugut untuk mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, nama baik, harta, dengan niat untuk mencetus kegentaran (ketakutan) kepada mangsa atau untuk memaksa mangsa tersebut melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

KEPERLUAN MENGUBAH AKTA, HERET PELAKU KE MUKA PENGADILAN!

kesan jenayah siber

Foto: Bloomberg

Kerajaan mengambil serius mengenai isu gangguan dan jenayah siber (cyberbullying) yang kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Lantas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan isu ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas.

Beliau berkata pembentangan itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ia juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh yang didakwa membunuh diri kerana tertekan kerana isu yang sama.

Ujar beliau, pihaknya akan mempertimbang keperluan mengubah akta sedia ada dan mengheret individu yang terlibat dengan kematian mangsa ke muka pengadilan.

Selain itu, Fahmi Fadzil berkata pihaknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini yang mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.

*Ingat, jangan rasa diri terlampau hebat sehingga boleh musnahkan kehidupan seseorang melalui kata-kata..

Watch on TikTok

Baca juga: 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI

Sumber: Siakap Keli, Utusan Malaysia

The post ‘Membawang’ & Mengejek Di Whatsapp Boleh Jadi Kes Jenayah, ANDA Mungkin Pelakunya! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!