Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Lelaki Rekod Paling Gemuk 591 Kg Sudah Boleh Berjalan

Lelaki Rekod Paling Gemuk 591 Kg Sudah Boleh Berjalan

Lelaki yang pernah menjadi individu paling gemuk di dunia menunjukkan transformasi dramatik apabila berjaya menurunkan berat badan hasil diet dan iltizamnya mengubah gaya hidup.

Badan Juan Pedro Franco, 40, sebelum ini sangat besar dengan berat 591 kilogram (kg) menurut rekod Guiness World Records (GWR), menyamai lebih empat ekor anak gajah dan menyebabkan dia sukar bergerak walaupun ke tandas.

Dia yang mengalami masalah obesiti sejak kanak-kanak dengan berat capai 64kg pada usia enam tahun, bekerja keras untuk mengurangkan berat badan selepas hampir maut akibat obesiti.

Baca: Polis Gemuk Diberi Pilihan Diet Atau Bersara

“Saya cuba berdiet hari demi hari, tetapi tiada apa yang berhasil dan saya menjadi terdesak,” kata Juan kepada GWR.

Menyedari tidak boleh berterusan dengan gaya hidupnya, Juan mula mencari pihak yang boleh membantu dengan pakar obesiti di Guadalajara, Mexico tampil membantu Juan menerusi pembedahan dan penukaran rutin gaya hidup lain.

Buat kali pertama, Juan dapat meninggalkan katilnya untuk ke hospital bagi menjalani pembedahan dan ketika di sana, dia disahkan menghidap diabetes jenis dua, tiroid, hipertensi dan cecair dalam paru-parunya.

“Perkara yang paling penting bagi saya adalah berjalan semula. Saya tidak keluar rumah selama enam tahun atau berjalan ke mana-mana,” katanya.

Menjelang 2017, Juan kehilangan 170 kg dan dibenarkan menjalani pembedahan kedua, yang selepas itu memerlukan dia menukar gaya hidup, diet dan regim senaman sehingga beratnya kurang satu pertiga daripada berat terdahulu pada 2019.

Dalam tiga tahun kebelakangan ini, Juan kehilangan 330kg dan 260kg tahun lalu.-hmetro

The post Lelaki Rekod Paling Gemuk 591 Kg Sudah Boleh Berjalan appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!