Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Al Jannah tawar pakej bekam murah, urutan percuma

TUMPAT– Menawarkan pakej bekam yang murah dan memberi urutan secara percuma menjadi tarikan orang ramai untuk mendapatkan rawatan di Pusat Bekam Al Jannah.
Pusat berkenaan diusahakan oleh pasangan suami isteri, Mohamed Fahmy Abdul Rahim, 38, dan Norzalina Che Lah, 38, sejak 10 tahun yang lalu.

Norzalina yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, pusat berkenaan menawarkan pakej bekam angin, bekam darah, urutan dan akupuntur.

Menurutnya, apa yang lebih menarik mereka juga menawarkan pakej urutan serta bekam angin yang percuma kepada mereka yang mengambil pakej bekam darah.

“Pakej yang ditawarkan ini hanya serendah RM40 bagi bekam muka dan pakej bajet pula RM50 untuk bekam badan serta muka.

“Jika orang lain mengenakan bayaran RM5 bagi satu cawan bekam, namun saya hanya cas serendah RM40 sahaja untuk 10 cawan. Tawaran harga murah ini dikenakan selagi saya mampu untuk menanggung kos berikutan harga yang sama ini dikenakan sejak 2016 lagi,” katanya ketika ditemui di Pusat Bekam Al Jannah di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Norzalina menerangkan, pihaknya tidak menaikkan harga kerana mahu membantu orang ramai termasuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan supaya dapat berbekam dengan harga yang mampu dibayar.

Ibu kepada empat anak itu menjelaskan, sebelum membuka pusat bekam tersebut, dia terlebih dahulu bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta selama empat tahun sebelum mengambil keputusan mengambil kursus bekam.

Katanya, antara cabaran yang dihadapi ketika mula menceburkan diri dalam bidang tersebut adalah masalah tidak dapat menerima banyak tempahan kerana dia perlu bergerak dari rumah ke rumah mengikut tempahan.

“Saya tidak dapat menerima pelanggan yang ramai berikutan perlu bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

“Sebaik kami membuka premis, saya bersyukur kerana mendapat sambutan yang baik apabila menerima pelanggan di antara tujuh hingga 32 orang sehari.

“Pelanggan yang datang ini kebanyakan mereka mendengar perkhidmatan rawatan yang kami tawarkan daripada saudara atau rakan mereka. Di samping itu, saya juga membuat promosi di Facebook Bekam Jannah Kelantan,” terangnya.

Norzalina menambah, untuk memperbesarkan lagi perniagaan, dia mula mengambil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 2012 sebanyak RM3,000.

Menurutnya, jumlah itu meningkat dan sehingga kini dia sudah 20 kali membuat pinjaman dengan AIM.

“Saya akan tetap bersama AIM kerana mereka banyak membantu mengembangkan perniagaan kami, selain saya juga mahu membantu orang lain.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada AIM yang banyak membantu usahawan seperti saya,” katanya.

Kepada orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan di Pusat Bekam Al Jannah boleh hubungi 014-830 3399 atau 012-380 3061. -KOSMO! ONLINE

The post Al Jannah tawar pakej bekam murah, urutan percuma appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!