Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Tanam Sendiri Bawang Merah Gabung 3 Bahan Ini, Musim Panas Memang Menjadi!

Bawang merah merupakan antara bahan wajib yang digunakan dalam apa jua masakan. Dapat memberikan aroma harum dan rasa yang manis kepada masakan, harga bawang merah di pasaran juga ada naik turunnya. Oleh disebabkan itulah, rupanya ramai dalam kalangan kita yang sudah cuba-cuba untuk tanam bawang sendiri di rumah.

Menjadi ke kalau tanam bawang sendiri? Kalau mahukan tumbuhan ini subur, berikut merupakan teknik gabungan medium tanaman bawang yang dikongsikan oleh saudara Zaid Martools yang membuahkan hasil. Elok-elok bawang merah yang ditanam!

Baca juga: Petua Tanam Pokok Cili Di Rumah Sampai Cili Berbuah Lebat, Petik Macam Tu Je!

CARA TANAM BAWANG SUPAYA SUBUR, GABUNG 3 JENIS MEDIUM INI

tanam bawang

Berikutan banyak pertanyaan yang tak mampu saya jawab berkaitan posting bawang semalam. Disini saya kongsikan medium yang saya gunakan untuk menanam bawang.

Bahan-bahan:

1. Pasir sungai
2. Sabut + sekam
3. Tahi ayam proses
4. Benih bawang terpilih (potong sedikit hujung bawang)
5. Polystrene yang dilubangkan

Cara-caranya:

1.Campur dan gaulkan medium 1,2,3 masukkan dalam polystrene.

2.Letak atau tekan benih bawang suku bahagian sahaja. Letak di tempat panas sepenuhnya.

3.Siram dua kali seminggu..jangan siram terus pada bawang..cara siraman keliling.

4.Pembajaan seterusnya..saya cairkan baja..kemudian siram keliling bawang. Jangka masa tuaian adalah 90 hari.

tanam bawang

*Rasanya ini sahaja tips cara saya menanam bawang..kalau ada sahabat-sahabat yang lebih arif, sila kongsikan. Semoga dapat membantu sahabat-sahabat semua.

Baca juga: DIY Racun Nyamuk, Lalat & Pepijat Guna Bahan Dapur, Lepas 5 Minit Dah Penuh Dalam Bekas!

Sumber: Zaid Martools

The post Tanam Sendiri Bawang Merah Gabung 3 Bahan Ini, Musim Panas Memang Menjadi! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!