Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan

Imej
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...

Senarai Jenis Buah Kurma Popular Di Malaysia, Yang Mana Satu Paling Anda Suka?

Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti ramai yang mencari buah kurma kan? Sebenarnya, terdapat beberapa jenis kurma yang dijual di pasaran Malaysia dan diminati ramai mengikut cita rasa sendiri.

Nampak serupa tetapi memiliki rasa yang berbeza-beza. Jadi, jom kita baca senarai jenis kurma popular di Malaysia. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: TOP 10 Bazar Ramadan Paling Popular 2024 & Jadi Tumpuan Ramai Di Lembah Klang!

SENARAI JENIS KURMA YANG POPULAR DI MALAYSIA

1. Deglet Noor 

JENIS KURMA

Kurma jenis ini juga dikenali sebagai ratu kurma dan berasal dari Algeria. Kurma ini juga ada ditanam di Arab Saudi, Tunisia dan Iran.

Deglet Noor biasanya didatangkan sekali bersama tangkainya. Kurma ini popular kerana ia kering dan tahan lama. Teksturnya sudah tentu lembut dan memiliki rasa manis seperti madu.

2. Medjool

JENIS KURMA

Selain Deglet Noor, kurma Medjool juga antara yang popular di pasaran Malaysia. Kurma ini dijual dengan harga lebih mahal sedikit kerana ia hanya boleh ditanam di Palestin, Madinah dan Arab Saudi.

Kurma ini juga dikenali sebagai raja kurma atau kurma berlian. Buahnya bersaiz besar dan memiliki isi yang lebih lembab serta manis seperti karamel.

3. Mariami

jenis jenis kurma

Kurma Mariami berasal dari Iran dan memiliki kulit berwarna coklat. Bentuknya sedikit panjang dan kering. Kurma ini difahamkan dijual dengan harga lebih mahal kerana pengeluarannya yang eksklusif.

4. Mabroom

jenis jenis kurma

Kurma ini berbentuk lebih panjang dan lonjong. Kebanyakannya ditanam di Arab Saudi. Kurma jenis ini memiliki isi yang kurang manis tetapi lembut dan kering.

5. Ajwa

jenis jenis kurma

Kurma Ajwa berasal dari Madinah dan ia juga ada disebut dalam hadis. Kurma ini antara yang popular di Malaysia dan mendapat permintaan tinggi berbanding jenis lain.

Memiliki teksturnya lebih lembut, kering, isi manis dan kulit berwarna hitam. Perlu disimpan tempat tidak terlalu panas kerana cepat rosak.

6. Rotab/Muzafati

jenis jenis kurma

Jika anda mencari isi buah kurma yang sangat manis, pilih jenis Muzafati. Buah ini memiliki isi tebal berbanding kurma lain. Buah yang berasal Dari Iran ini turut dikenali sebagai kurma madu atau kurma Bam.

7. Safawi

jenis jenis kurma

Kurma Safawi berasal dari Madinah, Arab Saudi. Kurma ini memiliki tekstur semi kering dan bersaiz panjang atau sederhana. Memiliki rasa yang hampir sama dengan kurma Ajwa dan lebih mudah didapati berbanding jenis buah kurma lain.

*Pilih betul-betul ya. Jangan salah beli!

Semoga bermanfaat…

Baca juga: Hati-Hati Bila Makan Buah Kurma Campur Butter, Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan

Sumber: eCentral & BERNAMA

The post Senarai Jenis Buah Kurma Popular Di Malaysia, Yang Mana Satu Paling Anda Suka? first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!