https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...
Resipi Ikan Sambal Minang, Masak Guna Cara Ini Boleh Tahan Lama!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/2WnCvx3
Ikan sambal minang adalah salah satu hidangan tradisional yang berasal dari Sumatera, Indonesia dan turut digemari oleh rakyat Malaysia.
Kalau rasa mengidam nak makan, anda tidak perlu lagi terbang jauh ke Indonesia semata-mata untuk menikmati hidangan ini.
Anda boleh masak sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Intan MK di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!
RESEPI IKAN SAMBAL MINANG
Bahan A:
- Cili besar merah
- Cili padi merah
- Bawang besar
- Bawang putih
Bahan B:
- Air asam jawa
- Gula dan garam secukupnya
Bahan C:
- Ikan goreng
Cara-cara:
- Kisar kasar semua bahan A.
- Kemudian, masak bahan A dalam kuali sehingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan bahan B dan masak hingga sambal betul-betul garing dan berbau harum.
- Setelah garing, tambah gula dan garam secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan ikan goreng yang telah disediakan tadi dan kacau sekejap supaya sambal meresap ke dalam ikan.
- Jika ingin sambal lagi tahan lama, masak sambal dengan lebih minyak. Namun, jika tidak suka sambal yang berminyak, anda boleh kurangkan minyak mengikut selera.
Sumber resipi dan gambar: Intan MK
Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!
The post Resipi Ikan Sambal Minang, Masak Guna Cara Ini Boleh Tahan Lama! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg
KEJAYAAN menewaskan seekor ikan layaran seberat 30 kilogram (kg) di tuas berhampiran Pulau Payar, Kedah menyemarakkan lagi semangat pemancing laut dalam, Shuib Omar untuk meneruskan hobinya itu. Shuib atau lebih dikenali sebagai Pak Su dalam kalangan rakannya berkata, dia gemar memancing sejak kecil lagi dengan menangkap ikan di tali air dan sawah menggunakan buluh sebagai joran. Ujar lelaki berasal dari Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah itu, dia mula beralih kepada aktiviti memancing di laut dalam pada tahun 2012. “Hampir setiap bulan, saya turun ke laut bersama saudara dan rakan-rakan. Biasanya, kami berhimpun di Jeti Kubang Rotan pada pukul 7 pagi sebelum menuju ke beberapa tuas yang menjadi lubuk ikan. “Antara tuas sasaran kami ialah Pulau Payar dan unjam Langkawi kerana di situ menjanjikan hasil tangkapan yang menarik. Pengalaman bermain dan menewaskan ikan di perairan itu cukup mengujakan,” ujar bapa kepada lima anak itu. Menurut Pak Su, dia gemar menggunakan teknik memancing...
Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!
https://ift.tt/X1giMwT Cara buat popia big mac ini menjadi tular di media sosial dan ramai peniaga turut mengambil peluang untuk menjualnya. Walau bagaimanapun, sesetengah peniaga terpaksa menjualnya pada harga yang agak tinggi disebabkan kos bahan yang mahal. Sekiranya anda sedang mencari resipi penuh untuk membuat popia Big Mac dan ingin mencubanya sendiri di rumah, jom lihat resipi lengkap di bawah. Baca juga: Resipi Popia Sira Sambal Rangup, Kena Letak 1 Bahan Ini Agar Salutan Cantik Berkilat! CARA BUAT POPIA BIG MAC Bahan-bahan popia big mac: Bawang merah Bawang putih Daging kisar Garam Lada hitam Cara-cara penyediaan popia big mac: Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah itu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus. Tumis bawang ini dengan api sederhana sehingga ia naik bau harum. Setelah bawang sudah naik bau, masukkan daging kisar ke dalam kuali. Tambahkan garam dan lada hitam secukupnya untuk memberi rasa pada dagin...
Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!
https://ift.tt/VbrlpuW Jika anda merupakan salah seorang peminat masakan Arab, wajib cuba resepi Nasi Arab simple ini. Walaupun mudah dan ringkas, namun hasilnya cukup beraroma dan sedap. Nasi Arab ialah hidangan popular dari rantau Timur Tengah, khususnya di Semenanjung Arab. Oleh kerana begitu sedap, ramai peniaga yang menjualnya di bazar Ramadan. Dila Noordin telah kongsikan resepi Nasi Arab simple di Facebook yang dimasak dengan menggunakan bahan ringkas dan mudah didapati. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Nasi Beriani Simple Di Rumah, Ada Ayam Goreng Mamak Lagi Terangkat RESEPI NASI ARAB SIMPLE Bahan-bahan rebus ayam: ½ ekor ayam (dipotong dua) 1 kiub ayam 1 biji tomato (dibelah empat) ½ sudu jintan manis 1 biji cili hijau (dibelah empat) 1 batang kulit kayu manis ½ sudu biji ketumbar ½ sudu lada hitam Bahan-bahan tumis nasi: 2½ pot beras basmathi yang telah direndam lebih kurang dalam 30 minit ½ sudu biji ketumbar ½ sudu jintan manis Minyak sapi ata...
Ulasan
Catat Ulasan