Kari Ayam Malaysia Curi Tumpuan Ramai, Diiktiraf Sebagai Stew Terbaik Dunia!

Imej
https://ift.tt/6HYftDv Siapa sangka, kari ayam yang selalu jadi hidangan biasa di rumah kita rupa-rupanya telah berjaya mencuri perhatian dunia. Hidangan kegemaran ramai ini telah diiktiraf sebagai stew terbaik dunia oleh laman makanan terkenal, TasteAtlas. Hidangan berasaskan rebusan atau stew boleh ditemui di hampir setiap negara. Walaupun caranya berbeza-beza, kebanyakannya tetap kaya dengan rasa dan menggunakan bahan tempatan. Dek kerana Malaysia ini kaya dengan pelbagai kaum dan budaya, tak hairanlah kita juga ada macam-macam jenis hidangan berkuah . Daripada sup herba dalam masakan cina, kuah lemak bersantan yang sinonim dengan orang Melayu, hinggalah ke kari berempah yang dipengaruhi budaya India. Setiap satunya ada rasa dan kisah tersendiri. Baca juga: JAKIM Arah Tarik Balik Produk Indonesia Ada DNA Babi, Ini Senarai Penuh! Kari Ayam Juara Dunia Dalam Senarai 100 Stew Terbaik Dalam senarai seratus stew terbaik dunia yang dikeluarkan oleh TasteAtlas, kari ayam Malaysia b...

Asam Pedas Ayam Johor, Ada Rahsia Kuah Pekat Kaw Dan Lebih Cantik

https://ift.tt/FUMkHrT

asam pedas ayam johor

Selama ini kita sering nampak asam pedas ikan saja, jadi kali ini anda boleh buat kelainan dengan resipi Asam Pedas Ayam Johor dengan cara memasak yang cukup mudah.

Dengar namanya saja, sudah tahu lauk ini popular di Johor, Malaysia yang terkenal dengan rasa pedas, asam dan kaya dengan rempah. Senang cerita, orang Johor mesti tahu punya.

Kami tertarik dengan perkongsian nisaa.0002 di TikTok yang menunjukkan resipi asam pedas menarik dengan cara yang sangat mudah dan nampak menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuah Asam Laksa Chinese Style, Wajib Ada Daun ‘Ini’ Baru Naik Aromanya

RESIPI ASAM PEDAS AYAM JOHOR

asam pedas ayam johor

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak (minyak kena banyak supaya sambal dapat dimasak dengan cantik).

2. Selepas itu, tumis cili kisar sampai pecah minyak.

3. Sebelum pecah minyak, masukkan daun kesum supaya lebih wangi.

4. Apabila hampir pecah minyak, masukkan asam jawa.

5. Kemudian, masukkan ayam dan terus gaul sampai sebati.

asam pedas ayam johor

6. Masukkan juga garam, serbuk perasa, sedikit gula (jika tak tahan pedas) dan air secukupnya.

7. Jika ada bendi, boleh masukkan juga sekaligus.

8. Apabila sudah mendidih, cuba rasa dan tambah apa yang patut (asam pedas Johor kena pekat, jika cair nanti jadi asam pedas Melaka pula). Siap untuk dihidang!

Setelah buat resepi Asam Pedas Ayam Johor ini, kami yakin keluarga anda pasti berselera makan nanti kerana aromanya mampu membuatkan sesiapa pun boleh terliur.

Selamat mencuba!

Sumber: nisaa.0002

Baca juga: Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Johor, Kuah Pekat Elok Baru Kaw!

The post Asam Pedas Ayam Johor, Ada Rahsia Kuah Pekat Kaw Dan Lebih Cantik appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!