Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!
Selepas seharian berpuasa, anda mestilah nak makan hidangan yang lazat. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menjamu selera dengan Ayam Masak Merah Madu ini.
Ayam Masak Merah Madu sering menjadi pilihan menu jamuan terutamanya kenduri kahwin. Tak perlu tunggu dijemput, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi ini.
Resipi Ayam Masak Merah Madu ini dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di Facebook yang hasilnya cukup membuatkan selera terangkat. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!
RESIPI AYAM MASAK MERAH MADU
Bahan-bahan:
- Ayam
- Garam
- Serbuk kunyit
- Minyak masak
- Rempah kasar 4 sekawan
- Serai
- Daun pandan
- Daun kari
- Sedikit lengkuas (tambahan, tiada pun tak mengapa)
- Sos cili
- Sos tomato (nak guna tomato puree pun boleh)
- Madu
- Serbuk perasa
- Air secukupnya
Bahan kisar:
- Cili kering (direbus)
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
Bahan hiasan:
- Daun bawang
- Daun sup
- Bawang besar (dihiris bulat)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, basuh ayam dengan bersih terlebih dahulu.
2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng separuh masak dan ketepikan.
4. Selepas itu, guna sedikit minyak goreng ayam tadi untuk tumis rempah kasar 4 sekawan, serai, daun pandan dan daun kari.
5. Seterusnya, masukkan bahan kisar. Waktu ini, nak masuk sedikit lengkuas pun boleh.
6. Kemudian, tumis sampai pecah minyak dan pastikan jangan guna api yang kuat.
7. Setelah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tomato dan kacau dahulu.
8. Selepas itu, tambah sedikit air dan biarkan sampai pecah minyak lagi.
9. Masukkan 2 atau 3 sudu madu dan ayam, kemudian gaul semuanya sambil letak serbuk perasa ikut citarasa.
10. Jika nak berkuah, tambahkan air. Biarkan semua rasa meresap dalam ayam tadi sambil kacau.
11. Setelah kuah cukup pekat, boleh tutup api dan tuang sedikit madu, kemudian biarkan supaya hasilnya lebih cantik.
12. Akhir sekali, hias dengan daun bawang, daun sup dan bawang besar yang telah dihiris bulat. Siap untuk dihidang!
Gabungan rasa manis madu dengan kayanya rempah-ratus dan pedasnya cili yang ada pada Ayam Masak Merah Madu membuatkan ia lauk sempurna untuk berbuka puasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Abd Majid
Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Stail Bujang, Cara Campak-Campak Je!
The post Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan