Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kereta Api Kemalangan Bertembung 32 Orang Maut

Kereta Api Kemalangan Bertembung 32 Orang Maut

Tempe, Greece: Kereta api membawa ratusan penumpang bertembung dengan kereta api membawa barangan di utara Greece, membunuh 32 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 85 yang lain, menurut pegawai pada Rabu.

Beberapa gerabak tergelincir dari landasan dan sekurang-kurangnya tiga gerabak lain terbakar selepas nahas pada Selasa berhampiran bandar Tempe itu.

Baca: Lelaki Hilang Ditemui Mati Dalam Tandas Kereta Api

Pasukan penyelamat di lokasi pada awal pagi Rabu dalam usaha mereka mencari mangsa.

Beberapa individu terselamat berkata, ada penumpang yang tercampak keluar dari tingkap gerabak kereta api kerana impak perlanggaran itu.

Menurut mereka, penumpang berusaha untuk menyelamatkan diri selepas kereta api itu terhumban ke padang berhampiran landasan.

Seorang penduduk tempatan berkata, ketika tiba di lokasi, ramai penumpang yang terpinga-pinga dan mereka keluar dari pintu belakang gerabak.

Beberapa mangsa yang maut dipercayai ditemukan di restoran berhampiran gerabak depan kereta api berkenaan.

Dalam pada itu, pegawai di hospital di bandar berhampiran, Larissa berkata, 25 mangsa mengalami kecederaan serius.

Setakat ini, punca nahas masih belum diketahui.

Hellenic Train, yang menambah perkhidmatan kelajuan tinggi, dioperasikan oleh syarikat Itali, FS Group, yang mempunyai perkhidmatan di beberapa negara Eropah.-hmetro

The post Kereta Api Kemalangan Bertembung 32 Orang Maut appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!