Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!

https://ift.tt/jhdlOY5

telur separuh masak

Selalunya, bila buat telur separuh masak atas dapur mesti tak berapa nak menjadi macam selera kita. Kalau guna bekas macam di kedai, nak kena masak air panas dahulu baru rebus.

Sesiapa yang ada air fryer di rumah, jom buat telur separuh masa guna peralatan ini. Memang menjadi dan jimat air. 

Nak buat telur rebus setengah masak yang terbaik ini, kena tahu dulu telur separuh masak kena rebus berapa minit.

Baca juga: Tips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan

Bila terlebih masa ketika merebus, telur akan masak sepenuhnya. Bukan lagi jadi telur separuh masak macam kopitiam punya menu. Hati teringin nak makan telur rebus separuh masak tapi yang jadi telur rebus sepenuh masak.

Bangun pagi tak tahu nak sarapan apa, boleh buat telur separuh masak ni.

Makan pula dengan sedikit kicap masin dan lada sulah, memang umph! Memang terangkat bila makan bersama roti bakar dan kopi o panas

Menerusi perkongsian dari Arina Rashid di laman Facebook, wanita ini telah kongsikan ‘hacks’ untuk buat dalam kuantiti yang banyak. Jom kita lihat.


CARA BUAT TELUR SEPARUH MASAK GUNA AIR FRYER

buat telur separuh masak

Ada peminat telur separuh masak kat sini?

Ini kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah. Meh rina nak share cara paling senang.

Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer. Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perhati apa beza dia. 

1. Basuh dulu telur bersih-bersih. Tak perlu lap, masuk je terus dalam bekas air fryer. Telur memang terus ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.

2. Set kan suhu Air Fryer 100°C, masa 10 minit.

3. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas Air Fryer stop.

4. Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu. Biarkan dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas Air Fryer berbunyi ‘titt titt’.

5. Siap untuk dimakan!


Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.

Korang try and error dulu eh. Rina lagi suka jenis A. Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia. 

Baca juga: Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang ‘Perfect’

The post Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!