Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Ibu Terkilan Markah Anak Rendah, Persepsi Berubah Bila Si Kecil Tunjuk Sifat Luar Biasa Di Sekolah

Menilai kejayaan anak berdasarkan buku laporan prestasi akademik mereka sudah menjadi satu norma kebanyakan ibu bapa di luar sana. Begitu juga dengan seorang ibu ini, yang meluahkan rasa terkilan selepas melihat keputusan peperiksaan sekolah agama anaknya.

Baca juga: Budak 4 Tahun Terselamat Lepas Jatuh Tingkat 16 & Tanpa Patah Tulang!

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH ANAK MENGECEWAKAN & IBU TERKILAN

keputusan peperiksaan sekolah

Gambar: Sha berkongsi kisah mengenai peperiksaan anaknya – MStar.

“Sebelah pagi pergi tanda tangan kad laporan. Agak kecewa dengan keputusan anak, lagi-lagi dapat tahu dia kelas kedua,” ujar wanita tersebut yang dikenali sebagai Sha.

Keputusan diperolehi anak lelakinya, Umar Hakim, amat berbeza jika dibandingkan dengan pencapaian akademik dirinya sewaktu zaman sekolah dahulu. Di mana, keputusan akademiknya jauh lebih bagus.

“Sebelah pagi pergi tanda tangan kad laporan. Agak kecewa dengan keputusan anak, lagi-lagi dapat tahu dia kelas kedua.

“Saya ingatkan sama macam sekolah kebangsaan, tak ikut ranking. Juga sebab masa saya darjah satu hingga tiga, saya boleh kuasai hampir semua peperiksaan.

“Jadi bila dia tak mampu nak capai macam mana saya buat, perkara itu memberikan saya sedikit rasa hampa,” ujarnya lagi.

Baca juga: TERKINI Cuti Umum Bertindih 16 September, Tiada Gantian Automatik Esoknya!

Persepsi terhadap Umar Hakim terus berubah selepas kejadian ini…

Menurut MStar, dalam hantaran yang sama, Sha turut menunjukkan satu tangkap layar mesej yang diterima daripada ibu kepada kawan anaknya  itu, bernama Syed Umar.

Mesej ibu Syed Umar itu, ingin memberikan sedikit penghargaan kepada Umar Hakim kerana kebaikan yang dilakukannya di sekolah.

“Anak puan nama Umar Hakim kan? Nanti boleh minta Umar ambil hadiah daripada Syed Umar? Hadiah sebab Umar Hakim dengan Afiq Irsyad je yang sudi pinjamkan pensel untuk Syed Umar hari itu.

“Hari itu, dia tertinggal kotak pensil. Nak buat kerja sekolah tak dapat. Jadi, dia minta pinjam dekat kawan-kawan. Kawan lain semua tak bagi pinjam dan mengadu dekat ustazah.

“Sampai ustazah mesej saya. Saya tak salahkan ustazah sebab memang salah anak saya. Cuma, sebagai penghargaan kecil untuk Umar Hakim sebab sudi jadi kawan luar biasa,” tulis ibu Syed Umar dalam mesej tersebut.

Baca juga: Terlintas Fikiran Nak Berhentikan Anak Dari Sekolah, Perkongsian Ibu Ini Timbul Kontroversi Ramai Orang!

Baca juga: Budak Lelaki Panik Berlari Mintak Tolong, Gara-Gara Ibu Saudaranya Tersangkut Dalam Lif!

Sahsiah terpuji Umar Hakim wajar dicontohi!

keputusan peperiksaan sekolah

Gambar: MStar

Melihat mesej tersebut membuatkan persepsi Sha terhadap anaknya terus berubah. Anaknya telah menunjukkan sahsiah yang baik sehingga Sha akhirnya berasa bersalah kerana sebelum ini mengukur kejayaan anak berdasarkan akademik semata-mata.

“Mungkin saya tidak sepatutnya kecewa bila anak tak dapat score dalam peperiksaan. Cemerlang seseorang anak tak patut dinilai daripada akademik sahaja tapi dari segi sahsiahnya juga,” ujar Sha lagi.

Menurut sumber, hantaran Sha di Tiktoknya itu juga bertujuan untuk memberi peringatan kepada golongan ibu bapa supaya menghargai sekecil-kecil pencapaian anak.

Dalam hantaran yang sama juga, Sha turut berkongsi kisah anaknya  yang sanggup berkongsi makanan dengan rakannya di sekolah walaupun dia seorang kanak-kanak yang jenis makan banyak.

Baca juga: Hanya Kerana Sebatang Pen, Budak Sekolah Dipukul Guna Kayu Api & Dikurung!

Sumber: MStar

FT Image: MStar

The post Ibu Terkilan Markah Anak Rendah, Persepsi Berubah Bila Si Kecil Tunjuk Sifat Luar Biasa Di Sekolah first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!