Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Mahu Masuk Penjara Lelaki Rompak 1 Dolar Dalam Bank

Mahu Masuk Penjara Lelaki Rompak 1 Dolar Dalam Bank

Seorang lelaki sanggup merompak hanya AS$1 (RM4.50) di sebuah bank pada Isnin, demi dihantar ke penjara.

Selepas melakukan rompakan, lelaki berusia 65 tahun itu menunggu di lobi untuk ditahan polis, lapor portal KSL.com.

Donald Matthew Santacroce ditahan di Penjara Salt Lake County untuk siasatan kes rompakan itu.

Baca: Lelaki Naik Uber Rompak Bank

Berdasarkan afidavit polis, Santacroce memasuki Wells Fargo, 299 S Main dan memberi juruwang nota: “Tolong maafkan saya kerana melakukan ini tetapi ini adalah rompakan. Tolong beri saya AS$1. Terima kasih”.

Juruwang memberi Santacroce wang yang diminta dan kemudian memintanya pergi.

Namun, Santacroce sebaliknya memberitahu juruwang untuk menghubungi polis, kata afidavit itu.

“Santacroce duduk di lobi bank dan menunggu polis tiba.

“Sementara menunggu polis yang tiba lambat, dia berkata kepada mangsa bahawa mereka bernasib baik kerana dia tidak mempunyai pistol.

“Pengurus cawangan membawa semua pekerjanya ke bilik belakang berkunci bagi keselamatan mereka,” menurut afidavit itu.

Berdasarkan laporan, suspek melakukan jenayah itu kerana mahu ditahan di penjara persekutuan dan sekiranya tidak, dia akan merompak bank lain serta meminta lebih banyak wang.

Terdahulu, Santacroce ditahan oleh Peronda Lebuhraya Utah di Iron County kerana memandu secara cuai dengan lesen memandu sudah digantung.-hmetro

The post Mahu Masuk Penjara Lelaki Rompak 1 Dolar Dalam Bank appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!