Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Britain Denda TikTok RM70 Juta Benar Pengguna Kanak – Kanak

Britain Denda TikTok RM70 Juta Benar Pengguna Kanak – Kanak

Pengawal data Britain berkata pada hari Selasa bahawa ia mendenda TikTok £12.7 juta (hampir RM70 juta) kerana membenarkan sehingga 1.4 juta kanak-kanak bawah 13 tahun menggunakan platform media sosialnya yang melanggar peraturannya sendiri.

Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) berkata firma milik China itu melanggar undang-undang United Kingdom (UK) dengan gagal mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan data kanak-kanak.

Baca: Pengasas Tik Tok Nombor 7 Paling Kaya Di China, Miliki RM142.95 Bilion

TikTok mempertikaikan penemuan ICO itu, yang dikatakan menambah masalah platform itu selepas yang kini berhadapan dengan gelombang larangan oleh kerajaan Barat terhadap penggunaan platform pada peranti rasmi, kerana kebimbangan bahawa data itu boleh diakses oleh Beijing.

“Kami akan terus menyemak keputusan itu dan sedang mempertimbangkan langkah seterusnya,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Kami melabur banyak untuk memastikan pengguna bawah 13 tahun daripada menggunakan platform ini dengan 40,000 orang bekerja sepanjang.

“Ia bagi memastikan platform selamat untuk komuniti,” katanya.

Namun TikTok mengalu-alukan keputusan ICO untuk mengurangkan denda daripada itu £27 juta (RM148.5 juta)

Perkhidmatan platform perkongsian video yang popular itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun untuk membuat akaun.

Tetapi ICO berkata TikTok gagal menjalankan pemeriksaan yang mencukupi untuk menghentikan perkara itu berlaku di Britain, dan sehingga 1.4 juta kanak-kanak terjejas pada 2020.

“Ini bermakna data mereka mungkin telah digunakan untuk menjejaki mereka dan memprofilkannya, yang berpotensi menyampaikan kandungan yang berbahaya dan tidak sesuai,” kata Pesuruhjaya Maklumat John Edwards.

“Terdapat undang-undang untuk memastikan anak-anak kita selamat di dunia digital sepertimana mereka berada di dunia fizikal,” katanya dalam satu kenyataan.

“TikTok tidak mematuhi undang-undang tersebut.-hmetro

The post Britain Denda TikTok RM70 Juta Benar Pengguna Kanak – Kanak appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!