Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jika anda pernah makan nasi bersama Kari Sotong Mamak di kedai nasi kandar, pasti masih ingat betapa sedapnya lauk ini yang susah nak jumpa di tempat lain.
Perkara menarik tentang Kari Sotong Mamak yang disukai ramai terutamanya rakyat Malaysia ini adalah cara memasaknya yang tak menggunakan santan sama sekali.
Jika malas ke kedai mamak dan nak masak sendiri di rumah, boleh ikut resipi Kari Sotong Mamak yang dikongsikan oleh Rosni Musa di Facebook ini dan hasilnya sungguh padu serta lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti
RESIPI KARI SOTONG MAMAK
Bahan-bahan:
- Sotong
- Bawang besar
- Bawang putih
- Rempah kari ikan
- Daun kari
- Halba campur
- Air asam jawa
- Cili besar
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar bawang putih dan bawang besar.
2. Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis seketika halba campur.
3. Kemudian, masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sekejap.
5. Letak cili kisar atau serbuk cili bersama rempah kari ikan. Kali ini, kacau sebati.
6. Tuang sedikit air dan kali ini, tumis sehingga pecah minyak.
7. Apabila sudah pecah minyak, masukkan garam, Maggi cukup rasa, sedikit gula dan sebatikan.
8. Masukkan pula air asam jawa dan kacau lagi bagi rata.
9. Apabila bahan rempah sudah merenih, masukkan sotong dan kacau rata.
10. Seterusnya, tutup seketika agar sotong masak. Jangan masak lama sangat sebab nanti sotong keras, masak sekejap saja.
11. Letakkan cili besar yang telah dipotong halus dan renihkan sebentar saja. Siap untuk dihidang!
Resipi Kari Sotong Mamak ini sangat berguna untuk anda mempelbagaikan hidangan lauk di rumah, hanya gantikan sotong dengan ikan, telur rebus, ayam dan sebagainya saja.
Selamat mencuba!
Sumber: Rosni Musa
Baca juga: Resipi Singgang Sotong Yang Luar Biasa, Tengok Kuah Pun Dah Kecur Air Liur!
The post Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan