Tak Perlu Risau Lagi, 2 Bahan Semulajadi Ini Boleh Jadi Penawar Batuk Kahak Berpanjangan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Batuk berkahak adalah masalah kesihatan yang sering berlaku kepada setiap orang sama ada dalam keadaan demam ataupun tidak. Paling menyakitkan hati apabila ia berpanjangan sehinggakan mengganggu aktiviti seharian seseorang. Ada yang telah mencuba pelbagai alternatif untuk hilangkan batuk berkahak ini namun masih gagal.
Kebiasaannya, batuk berkahak mengambil masa berminggu untuk pulih, walaupun setelah penghidap mencuba pelbagai cara merawatnya. Ada yang sampai habis duit dengan membeli ubat, namun batuk berkahak masih tidak lega. Tapi jangan risau kerana untuk perkongsian kali ini, penulis akan kongsikan cara hilangkan batuk berkahak hanya dengan menggunakan dua bahan semulajadi, boleh cuba di rumah!
Baca juga: Susah Hilangkan Batuk? Nah, Cuba 5 Petua Orang Lama Ni!
PENAWAR BATUK BERKAHAK MENGGUNAKAN 2 BAHAN SEMULAJADI, SENANG CUBA DI RUMAH
Bahan-bahan:
- 1 biji buah pear
- 2 helai kamchau
Cara penyediaan:
1. Potong bahagian atas buah pear.
2. Kemudian, korek bahagian tengah buah pear menggunakan sudu. Makin dalam, makin bagus.
3. Letak 2 helai kamchau dan tutup atas pear tadi.
4. Kukus selama sejam dengan api kecil. Setelah siap, minum air pear kukusan itu semasa ia masih panas. Buah pearnya pula boleh dimakan seperti biasa.
Walaupun ia merupakan ‘ubat’ batuk berkahak, namun rasa air pear kukusan ini sedap dan manis. Setiap orang boleh mencuba resipi ini tidak kira golongan usia sama ada muda atau tua. Hasilnya, batuk berkahak akan hilang dalam masa terdekat. Daripada putus asa mencari penawar batuk berkahak ini, kan lebih baik jika anda ikhtiar dengan menggunakan resipi ini. Selamat Mencuba!
Sumber: Facebook Athirah Yusof via Racun Shopee Malaysia Official
The post Tak Perlu Risau Lagi, 2 Bahan Semulajadi Ini Boleh Jadi Penawar Batuk Kahak Berpanjangan! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan