Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!

Imej
https://ift.tt/dqVx2Mw Bila tengah bulan dan dompet sudah mula kering, resepi telur berlado ini boleh jadi penyelamat. Menu ringkas tapi penuh rasa ini menjadi pilihan ramai bila nak berjimat. Telur berlado adalah antara juadah bajet yang boleh disediakan dengan bahan-bahan asas di dapur. Sangat sesuai untuk hujung bulan bila kita perlu berjimat tapi tetap nak makan sedap. Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tapi Rasa Penuh Nikmat! RESEPI TELUR BERLADO Bahan-bahan: Telur Lada merah besar* Cili hijau* Bawang besar* Bawang putih* Halia* Sos tiram Cukup rasa Air Cara memasak: Kisar semua bahan yang bertanda (*) iaitu lada merah besar, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Jika suka tekstur kasar, boleh kisar kasar atau tumbuk. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tiram ke dalam bahan tumisan dan kacau rata. Tambahkan juga serbuk cukup ras...

Jenis-Jenis Ikan Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Gulai, No. 7 Paling Ramai Suka!

https://ift.tt/SkXtypO

jenis jenis ikan

Sedapnya gulai ikan! Tapi pernah tak terfikir, kenapa ada gulai ikan yang rasanya biasa-biasa je dan ada yang memang terangkat? Rahsianya ada pada jenis jenis ikan yang digunakan. Bukan semua ikan sesuai untuk dimasak gulai tau.

Setiap ikan ada tekstur dan rasanya yang tersendiri. Ada yang isinya lembut, ada yang manis, ada yang cepat hancur bila kena kuah panas. Jika salah pilih ikan, alamatnya tak jadilah gulai yang kita idamkan.

Contohnya, ikan kerisi tidak sesuai dimasak gulai kerana mempunyai isi yang sangat lembut dan mudah hancur. Bila dimasak dalam kuah gulai yang panas dan direneh lama, isinya akan mudah hancur dan bersepai,

Jadi, macam mana nak pilih ikan yang betul? Jom kita ketahui pilihan ikan yang memang sesuai dijadikan gulai seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Jenis Pisang Yang Sedap Untuk Digoreng, Yang Terakhir Paling Digilai Ramai!

JENIS JENIS IKAN YANG SEDAP DAN SESUAI DIJADIKAN GULAI

1. Ikan Mabong (Kembung Borek)

2. Ikan Nyok Nyok

3. Ikan Pari

4. Ikan Merah

5. Ikan Jenahak

6. Ikan Siakap

7. Ikan Tenggiri

8. Ikan Kurau

9. Ikan Senangin

10. Ikan Parang

11. Ikan Mayong

12. Ikan Temenung

13. Ikan Sembilang

14. Ikan Bawal

15. Ikan Tongkol

Sumber: Facebook

Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!

The post Jenis-Jenis Ikan Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Gulai, No. 7 Paling Ramai Suka! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan