Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Anwar gesa LHDN pastikan golongan ‘Maha Kaya’ bayar cukai

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar memastikan pihak-pihak ‘maha kaya’ yang wajib membayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka itu dan tidak culas.

Anwar berkata, perkara sama pernah disuarakan beliau ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an lalu untuk memastikan setiap orang wajib membayar cukai tanpa dikecualikan dan ia temasuklah 10 orang jutawan terkemuka negara ketika itu yang enggan atau tidak membayar cukai sepenuhnya.

“Saya masih ingat tatkala melawat pejabat Jabatan Hasil Dalam Negeri (sebelum menjadi Lembaga), dan kakitangan memaklumkan bahawa masalah paling sukar dihadapi mereka adalah kesukaran untuk mengutip cukai apabila melibatkan tokoh-tokoh besar termasuk orang kenamaan enggan membayar cukai.

“Saya kata agak aneh apabila sebuah negara merdeka berdaulat yang mempunyai peraturan, tetapi golongan maha kaya enggan bayar cukai. Jadi saya keluarkan kenyataan memberi peringatan bahawa saya di sebelah pegawai-pegawai jabatan ini akan memastikan setiap orang wajib bayar cukai tanpa kecuali,”katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Hasil di sini, hari ini.

Menurut Anwar, kenyataan tersebut merupakan sesuatu yang sudah pasti menggemparkan pada ketika itu namun beliau berpuas hati kerana susulan kenyataannya itu, prestasi LHDN selepas itu jauh bertambah baik malah mereka yang enggan membayar cukai telah mengaku kalah dan mula mematuhi peraturan.

“Sehubungan itu, gesaan saya pada malam ini juga sama, saya akan memberi sokongan penuh kepada LHDN. Tidak munasabah bagi pegawai kerajaan, penjawat awam, peniaga kecil dan orang-orang biasa bayar cukai sepenuhnya namun orang-orang yang memperoleh manfaat besar dalam negara ini mencuba pelbagai helah untuk mengelakkannya (bayar cukai).

“Ada yang keluarkan wang, dana ke luar negara sehingga ratusan juta untuk mengelakkan bayar cukai. Saya turut nyatakan pandangan terbuka di Parlimen serta di luar Parlimen dan melihat beberapa laporan pengaliran dana keluar, dana haram sama ada daripada rasuah, dadah atau perniagaan haram lain untuk mengelak bayar cukai, tapi pada masa itu saya tidak lihat tindakan berkesan.

“Namun, laporan itu mungkin tak benar semua, tapi apa yang saya tuntut adalah kajian bagaimana boleh ia melepasi (dana keluar negara) yang kebetulan mereka itu orang besar dan mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan,” katanya.

Justeru, beliau meminta badan penguat kuasa membuat siasatan dan bukannya menghukum termasuk menyiasat serta menggeledah mengapa seorang bekas Menteri Kewangan menggondol kekayaan ratusan bilion dan boleh terlepas semua siasatan.

“Selagi saya diamanahkan untuk memimpin kerajaan ini, saya mahu rakyat sama ada kecil atau maha kaya tunduk kepada hukum dan tidak terlepas membayar cukai.

“Menjadi tanggungjawab LHDN memastikan orang atasan (bayar cukai) dan kalau perkara ini berjaya dilaksanakan, saya percaya hasil negara kita akan terus meningkat dan prestasi lebih baik daripada tahun-tahun lalu,” tegas beliau.

Mengulas lanjut, beliau turut menetapkan sasaran untuk membebaskan lebih 130,000 individu yang tergolong dalam kalangan miskin tegar agar dibebaskan dan menyatakan kemampuan untuk berbuat demikian dengan sumbangan LHDN.

“Tahun ini kita mulakan gerakan supaya anak-anak kita di sekolah tidak pergi sekolah dengan tandas rosak dan disebabkan itu saya ambil ketetapan tahun ini untuk belanjakan RM1 bilion untuk sekolah dan klinik daif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar gesa LHDN pastikan golongan ‘Maha Kaya’ bayar cukai appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!