Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kucing Tertua Dunia Mati Usia 33 Tahun

Kucing Tertua Dunia Mati Usia 33 Tahun

Kucing tertua di dunia yang diberi nama Rosie dilaporkan sudah mati.

New York Post melaporkan, penjaganya, Lila Brisset mengucapkan selamat tinggal kepada Rosie, baru-baru ini.

Kucing itu mati pada usia 33 tahun, di rumah Lila di Norwich, United Kingdom (UK).

Rosie yang dilahirkan pada 1991 memegang gelaran tidak rasmi sebagai kucing tertua di dunia.

Ia sekali gus mengatasi rekod Flossie iaitu kucing berusia 28 tahun di Kent, England.

Rosie mati pada usia yang bersamaan dengan 152 tahun bagi manusia.

“Saya sangat merinduinya. Rosie tidak begitu sihat dan pada suatu hari, ia hanya berbaring dan kemudian mati.

“Banyak kenangan indah dan saya gembira kami mempunyai masa bersama,” kata Lila seperti dilaporkan New York Post.

Setakat ini, Creme Puff dari Austin, Texas, Amerika Syarikat, secara rasmi memegang rekod sebagai kucing tertua yang pernah hidup.

Creme Puff dilahirkan pada 3 Ogos 1967, dan mati pada 6 Ogos 2005 ketika berusia 38 tahun tiga hari.-hmetro

The post Kucing Tertua Dunia Mati Usia 33 Tahun appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!