Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Perisian pelaburan telus dan efisien

MUTAKHIR ini ramai yang mula sedar bahawa pelaburan bukan sekadar memberi keuntungan, malah mampu menggandakan wang untuk tempoh jangka masa panjang.

Kini, terdapat banyak instrumen pelaburan yang tersedia dan kita boleh memilih untuk mengikut kehendak masing-masing.

Namun begitu, komuniti pelabur juga tidak lari daripada berdepan beberapa masalah terutamanya berkaitan melabur dalam sesuatu syarikat, sama ada secara pemegang saham, saham keutamaan atau private placement.

Menyedari akan wujudnya permasalahan sebegitu, ia telah mendorong Dr. Zaharuddin Abd. Rahman untuk membangunkan dan melancarkan produk teknologi kewangan terbaharu iaitu NEOINVES.

Dr. Zaharuddin berkata, NEOINVES adalah satu sistem perisian Investor Relationship Manager (IRM) yang membolehkan pelabur dan syarikat berhubung dengan lebih kemas serta tersusun.

“Selain itu, melalui sistem ini sesuatu bentuk pelaburan itu akan lebih telus dan efisien terutamanya aspek kejelasan tentang perkembangan syarikat dan bukti-bukti berkaitan pelaburan.

“Saya sendiri sebagai pelabur berhadapan dengan beberapa masalah, oleh demikian perisian ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam komuniti pelaburan individu,” katanya.

Jelas Zaharuddin, pelabur selalunya akan berdepan masalah dalam syarikat Sdn. Bhd. dan syarikat yang belum tersenarai di saham terbitan awam (IPO).

Selalunya apabila melabur di syarikat sedemikian, pelabur akan lambat mendapatkan resit bayaran modal semasa mereka. Proses ini masih dilakukan secara manual yang memakan sedikit masa sekali gus akan merisaukan pelabur.

“Sebelum melabur, syarikat akan sentiasa menghubungi dan meyakinkan pelabur dengan pelbagai potensi.

“Namun, setelah pelaburan dilakukan, pelabur jarang untuk mendapatkan kemas kini perkembangan semasa perniagaan syarikat dan ini antara masalah yang sering dihadapi,” terang Zaharuddin.

Selain itu, masalah lain yang timbul adalah pelabur juga tidak tahu jumlah unit saham mereka setelah sesuatu pusingan ditutup dan kesan cairan pada setiap pusingan.

NEOINVES dibangunkan oleh Dr. Zaharuddin demi menyelesaikan masalah-masalah untuk membuat pelaburan di sesebuah syarikat.

Pelabur turut sukar untuk bertanya dan mencadangkan sesuatu kepada syarikat kerana tiada saluran khas.

Malah, pelabur juga tidak dimaklumkan hasil semasa syarikat dan hanya mengetahui pada hujung tahun.

Masalah lain yang sering berlaku adalah pelabur sukar untuk melihat kembali kertas perjanjian pelaburan yang ditandatangani sewaktu melabur atas beberapa sebab seperti hilang dan sebagainya.

Dr. Zaharuddin berkata, oleh demikian sistem NEOINVES yang dibangunkan itu membawa beberapa ciri istimewa yang menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

“Melalui sistem ini, ia membantu syarikat untuk merekod senarai pelabur dengan lebih tersusun dan resit pembayaran juga secara automatik akan tercipta setelah bukti pembayaran dimuat naik ke dalam sistem.

“Malah, bagi pihak pelabur mereka akan mendapat halaman khas bagi membolehkan cakna dengan pelaburan serta perkembangan semasa syarikat,” terangnya.

Tambahnya, dengan hanya satu klik di telefon pintar atau komputer, pelabur akan mendapat maklumat yang mereka mahukan secara telus.

Sementara itu, sistem juga dilengkapi fungsi makluman berita semasa syarikat untuk makluman pelabur. Pelabur juga boleh mendapatkan maklumat tentang hasil syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan.

Selain itu, sistem itu turut berciri komunikasi dua hala di mana pelabur boleh memberi sebarang cadangan kepada pihak syarikat dan pihak syarikat pula boleh memberi respons tentang cadangan kepada pelabur.

Malah, melalui sistem tersebut juga, pihak syarikat mempunyai halaman sendiri bagi memudahkan pelabur berpotensi untuk mendapatkan sesi penerangan secara persendirian.

The post Perisian pelaburan telus dan efisien appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!