Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Nampak Comel Tapi Sangat Ganas, JANGAN Biarkan Anak Tonton 6 Rancangan Kartun Ini!

Pada zaman sekarang, mak ayah sudah terbiasa memberikan anak-anak tidak kira dari usia kecil hingga ke sekolah rendah, tontonan kartun kanak-kanak di dalam gajet. Tanpa disedari, bukan semua jenis kartun kanak-kanak diciptakan sesuai untuk tontonan mereka kerana boleh membawa agenda tertentu.

Merisaukan, sudah banyak rancangan kartun kanak-kanak yang terdapat di Youtube menyelitkan aksi-aksi ganas dan semua ini boleh memberi pengaruh buruk buat anak-anak. Berikut merupakan antara 6 rancangan yang JANGAN biarkan anak tonton!

Baca juga: Cara Untuk ‘Selamatkan’ Mata Anak & Block Kandungan Porno Dalam Setiap Gajet Di Rumah

6 RANCANGAN KARTUN KANAK-KANAK YANG BAHAYA DITONTON!

kartun kanak-kanak

Ibu ayah, tolong sangat-sangat pastikan anak-anak jangan tengok langsung animasi-animasi di bawah ni.

1.Happy Tree Friends

Nampak comel, tapi animasi comel ini menunjukkan adegan membunuh dengan sewenang-wenangnya.

2.Darkest of Dreams

Matlamatnya adalah untuk memberi amaran kepada manusia tentang bahaya yang akan datang. Ia boleh memasuki mimpi orang dan jika seseorang merenung leher Long Horse untuk seketika tanpa mengalihkan pandangan, ia akhirnya akan hancur menjadi debu

3.Mommy Long Legs

Mommy Long Legs menghukum pemain melalui stesen permainan untuk membalas dendam terhadap sainstis yang menggunakan kanak-kanak itu.

4.Kissy Missy

Watak Missy yang baik hati dan cantik bertukar menjadi raksasa jahat yang mempunyai niat untuk membunuh.

5.Among Us

Salah satu animasi yang sangat terkenal, tapi mempunyai unsur keganasan yang sangat dasyat.

6.Skibidi

Paling menakutkan setakat ni, sampai meremang melihatnya. Lebih sadis, anak-anak pun dibiarkan menontonnya.

Ibu ayah, tolonglah pantau apa yang anak kita tonton. Kalau perlu sekat, sekatlah segera. Tolonglah ibu ayah. Ya, ada banyak lagi animasi yang mengerikan, terlalu banyak. Tolonglah jangan cemarkan mata dan minda anak kita dengan tontonan sebegini.

*Tolonglah…Mereka masih suci. Sebagai ibu bapa, kitalah yang patut memelihara mereka dengan sebaiknya.

kartun kanak-kanak

Baca juga: 4 Siri Kartun Yang Best Untuk Anak Belajar Baca ABC, Tak Ada Kandungan Merepek!

Sumber: Hana Shahadan

The post Nampak Comel Tapi Sangat Ganas, JANGAN Biarkan Anak Tonton 6 Rancangan Kartun Ini! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!