Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Arcturus ‘serang’ Amerika Syarikat selepas dominan di Asia Tenggara

WASHINGTON – Subvarian Omicron iaitu XBB.1.16 atau digelar sebagai Arcturus yang menjadi punca lonjakan kes Covid-19 di India kini dikesan di serata Amerika Syarikat (AS), kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) seperti laporan portal berita Wion News kelmarin.

Varian baharu itu menyumbang 7 peratus kes baharu yang dilaporkan pada minggu ini di AS, kata CDS dalam buletin mingguannya pada Jumaat lalu.

Ini kali pertama CDC mengasingkan kes Covid-19 di bawah sub varian XBB.1.16 kerana sebelum ini, semua jangkitan koronavirus digabungkan di bawah varian XBB sahaja.

Kebanyakan kes Covid-19 yang direkodkan di AS berpunca daripada varian XBB dengan XBB.1.5, juga dikenali sebagai Kraken, merangkumi lebih 75 peratus kes di negara itu.

Sementara itu, Asia Tenggara, menyaksikan lonjakan kes Covid-19 akibat Acturus.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), India, Indonesia, Thailand, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Maldives, Bhutan dan Timor-Leste melaporkan peningkatan hampir 500 peratus kes Covid-19 dari bulan ke bulan.

Kes Covid-19 juga semakin meningkat di rantau Mediterranean Timur dengan peningkatan lebih 100 peratus direkodkan dari bulan ke bulan.

Varian baharu itu dikenal pasti di 29 buah negara setakat ini dengan kes meningkat dua kali ganda dari minggu terakhir Mac lalu sehingga minggu pertama bulan ini, kata WHO pada Khamis lalu.

Arcturus lebih mudah berjangkit dan mampu mengelakkan imuniti berbanding varian pendahulunya sama ada imuniti yang diperoleh kerana jangkitan atau melalui vaksinasi.

Gejala yang berlaku menyerupai varian sebelum ini tetapi doktor-doktor di India mencatatkan perubahan simptom terutamanya pada kanak-kanak dan orang tua.

Ia melibatkan kes konjungtivitis atau ‘mata merah jambu’ mendalam kalangan kanak-kanak di India dan ia adalah simptom yang jarang diperhatikan dengan varian Covid-19 yang lain. – Agensi

 

 

The post Arcturus ‘serang’ Amerika Syarikat selepas dominan di Asia Tenggara appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!