Cara Buat Jus Homemade Untuk Kesihatan, Sedap Dan Boleh Turunkan Bacaan Kolesterol!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Terdapat pelbagai cara turunkan kolesterol dan antaranya adalah menggunakan jus buatan sendiri seperti dilakukan oleh Puan Salini Abu ini.
Jelasnya, jus homemade tersebut ternyata mengandungi pelbagai khasiat dan boleh menurunkan bacaan kolesterol. Lebih menarik lagi, hanya menggunakan tiga bahan sahaja untuk menghasilkan minuman ini. Jom cuba!
Baca juga: Khasiat Daun Selaput Tunggal Untuk Kesihatan, Boleh Rawat Kencing Manis & Gout Rupanya
CARA TURUNKAN KOLESTEROL GUNA JUS HOMEMADE INI
Saya pergi rumah kawan dan dia beri jus 3 benda ini. Bagus untuk kesihatan dan boleh turunkan kolesterol. Nak lagi sedap boleh campurkan dengan madu. Suami saya suka sangat minum.
Mudah sahaja nak buat.
Bahan-bahan:
- 1/2kg halia
- 1/2kg bawang putih
- 3 hingga 4 biji lemon
Cara penyediaan:
1. Kupas semua bahan di atas dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
2. Tambahkan sedikit air dan kisar sehingga hancur.
3. Kemudian, tuangkan bahan kisar ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih serta pekat.
4. Tutup api dan biarkan sejuk. Tapis sebelum dimasukkan ke dalam botol. Boleh simpan dalam peti ais.
Disarankan minum pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. 3 sudu pati dicampur dengan satu sudu madu dan sedikit air suam. Memang sedap dan berkesan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Tips Mudah Rawat Luka Ekzema Guna Kunyit Hidup, Macam Ini Cara Buatnya
Sumber: Facebook Salini Abu
The post Cara Buat Jus Homemade Untuk Kesihatan, Sedap Dan Boleh Turunkan Bacaan Kolesterol! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan