Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Pekasam Kak Nah semakin dikenali

SIK – Berbekalkan modal sebanyak RM500, Maznah Lateh, 56, bertekad untuk memulakan perniagaan ikan pekasam pada tahun 2007 bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Maznah berkata, usahanya ternyata tidak sia-sia kerana kini produk ikan pekasam keluaran Kak Nah Berjaya Enterprise semakin kukuh bertapak dan dikenali ramai.

“Pada awal saya memulakan perniagaan ikan pekasam, saya beli 10 kilogram (kg) ikan yang diperoleh dari Tasik Gubir, 10kg beras serta seguni garam, menggunakan modal RM500.

“Untuk memasarkan ikan pekasam pula, saya bungkus dalam plastik dan hantar ke empat buah kedai runcit di pekan Sik menaiki motosikal bersama arwah suami ketika itu,” katanya.

Jelas anak jati Kampung Keda Kota Aur, Sik, Kedah itu, dia sanggup menempuh jarak perjalanan hampir 40 kilometer (KM) sehala, dari rumahnya ke pekan Sik, untuk menghantar ikan pekasam ke kedai runcit di situ.

 

MAZNAH bukan sahaja menghasilkan pekasam daripada ikan tetapi juga mempelbagaikan produk kepada pekasam daging, ayam, perut lembu, telur sotong dan juga udang.

Maznah menjelaskan, setiap tiga hari sekali, dia akan pergi ke pekan Sik untuk menghantar ikan pekasam.

“Dengan bermula hanya 10 bungkus di setiap kedai, pemilik kedai runcit kemudiannya mahu kami tambah kerana pelanggan mula mencari ikan pekasam buatan saya.

“Ketika ini terdapat kira-kira 30 kedai runcit yang menjual Pekasam Kak Nah di daerah Sik dan Baling,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pekasam yang dihasilkannya dijual pada harga serendah RM6 untuk 200 gram.

Sementara itu, Maznah berkata, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga rezekinya terus mencurah-curah dan turut membuat perkhidmatan mengepos ikan pekasam ke daerah dan negeri lain kerana permintaan pasaran yang amat menggalakkan.

Selain ikan, dia juga turut menghasilkan pelbagai produk pekasam berasaskan daging, ayam, perut lembu, telur sotong dan udang kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Maznah berkata, kejayaan perniagaan ikan pekasam yang diusahakannya didorong banyak faktor termasuk sokongan suami, keluarga serta beberapa agensi terutamanya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menyediakan pinjaman untuk dia mengembangkan lagi perniagaannya.

“Saya menjadi Sahabat AIM sejak tahun 1997 bermula dengan pinjaman sebanyak RM500 untuk saya menambah modal perniagaan. Sehingga kini saya telah membuat pinjaman berjumlah RM308,900 dan kesemuanya telah selesai dibayar.

“Malah sewaktu saya hilang semangat untuk meneruskan perniagaan kerana kematian suami, Mohammad Mahmud pada 2016, setahun saya hentikan operasi. Sahabat serta cikgu AIM yang banyak memberi semangat sehingga saya mulakan kembali perniagaan pada 2018,” jelasnya.

Maznah berkata, dia terus berusaha keras kerana perniagaannya turut membuka peluang kerja kepada jiran dan penduduk sekitar.

Malah bisnesnya juga telah berjaya mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 1 September 2020 dan kini dalam proses permohonan untuk memperbaharui sijil tersebut melalui bimbingan yang disediakan Unit Pembangunan Usahawan AIM.

Jikalau ada yang teringin merasa Pekasam Kak Nah, boleh hubungi talian 019-541 5614. -KOSMO! ONLINE

The post Pekasam Kak Nah semakin dikenali appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!