Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!

Imej
https://ift.tt/MGl1Ad9 Selepas seharian berpuasa, anda mestilah nak makan hidangan yang lazat. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menjamu selera dengan Ayam Masak Merah Madu ini. Ayam Masak Merah Madu sering menjadi pilihan menu jamuan terutamanya kenduri kahwin. Tak perlu tunggu dijemput, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi ini. Resipi Ayam Masak Merah Madu ini dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di Facebook yang hasilnya cukup membuatkan selera terangkat. Jom kita cuba! Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin! RESIPI AYAM MASAK MERAH MADU Bahan-bahan: Ayam Garam Serbuk kunyit Minyak masak Rempah kasar 4 sekawan Serai Daun pandan Daun kari Sedikit lengkuas (tambahan, tiada pun tak mengapa) Sos cili Sos tomato (nak guna tomato puree pun boleh) Madu Serbuk perasa Air secukupnya Bahan kisar: Cili kering (direbus) Bawang besar Bawang putih Halia Bahan hiasan: Daun bawang Daun sup Bawang besar (...

Ini Tips ‘Power’ Siang Udang Lipan, Hasilnya Isi Seketul Tanpa Lekat Pada Kulit!

Udang lipan atau udang ketak merupakan antara spesis udang yang sangat digemari orang ramai. Kebanyakan orang memilih memasak udang ini tanpa membuang kulit. Kini, anda boleh sahaja menikmati isi udang lipan tanpa mempunyai sisa pada kulit dengan cara siang udang lipan di bawah ini.

Cara siang udang lipan ini telah dikongsikan oleh Puan Fauziah Gee Mard. Kalau nak tahu, hasil teknik ini membuatkan anda mampu menikmati isi udang dengan sangat banyak dan tanpa sedikit pun isi melekat pada kulit. Baru puas makan!

Baca juga: Resepi Teh Masala Yang ‘Kick’, Enaknya Melekat Di Segenap Rongga Mulut!

CARA SIANG UDANG LIPAN

cara siang udang lipan

Hai gais! Hari ini Cik Gee nak berkongsi tips yang sangat berguna iaitu cara nak dapatkan isi si udang ketak ni seketul-ketul tanpa melekat pun isi dia dekat kulit!

Ok jap! Korang kenal ke atau pernah dengar tak nama udang ketak atau udang lipan ini? Dekat tempat Cik Gee panggil nama itu.

Isi udang ini sedap tau. Selalu kalau orang masak tak buang kulit, jadi bila makan, banyak isi yang tak tertanggal dari kulit. Rugi la kan.

Jom ikut step by step yang sangat mudah. Mana nak tahu kan ada kawan-kawan kita nak belajar masak udang ni.

Baca juga: Resipi Apam Puri Kastard Viral, Rupa Seakan Karipap, Sedap & Berwarna-Warni!

Langkah-langkah mudah siang udang lipan

cara siang udang lipan

  1. Mula-mula ambil udang lipan dan gunting sedikit kulitnya di bahagian tepi dari bahagian kepala supaya kulitnya mudah ditarik selepas direndam di dalam air ais.
  2. Kemudian, rendamkan udang lipan tersebut di dalam air ais yang berketul selama 2 jam.
  3. Selepas 2 jam, udang lipan tadi sudah sedia dicabut kulitnya.
  4. Hasilnya, anda akan dapat isi udang lipan yang sangat banyak tanpa meninggalkan sedikit sisa isi pun pada kulitnya.

Baru puas apabila dapat makan isi seketul-seketul seperti dalam gambar.

Baca juga: Resepi Roti Sardin Goreng Viral, Ini Rahsia Jadi Rangup Kriuk Kriuk & Tak Serap Minyak!

Sumber: Fauziah Gee Mard

FT Image: Fauziah Gee Mard

The post Ini Tips ‘Power’ Siang Udang Lipan, Hasilnya Isi Seketul Tanpa Lekat Pada Kulit! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!