Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Saksikan Laporan Khas ‘SIRI DUKA PALESTIN’ Di Buletin Utama TV3, 25 Mei 8 Malam Ini!

TV3 dengan bangganya mengumumkan bahawa slot Buletin Utama hari ini, 25 Mei 2024 jam 8.00 malam, akan memberi tumpuan khas kepada usaha Malaysia dalam berdiri teguh bersama nasib rakyat Palestin.

Dalam laporan eksklusif ini yang bertajuk ‘Siri Duka Palestin’, akan mengetengahkan pendirian tegas Malaysia yang tidak tunduk kepada propaganda Barat.

Baca juga: Ajar Anak Solat & Bawa Ke Pasar Raya, Ini Cara Didikan Pasangan Selebriti Amyra & Amar!

BULETIN UTAMA LAPORAN ‘SIRI DUKA PALESTIN’

buletin utama

Dalam usaha memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif diplomatik dan kemanusiaan yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Slot berita khas ini memperlihatkan komitmen negara Malaysia dalam menyokong Palestin, termasuk bantuan kemanusiaan dan sokongan diplomatik yang tidak berbelah bahagi.

Pandangan dari para penganalisis yang mengikuti rapat perkembangan di Palestin

Menerusi laporan eksklusif malam ini, Buletin Utama juga akan mendapatkan pandangan dari penganalisis yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan mutakhir di Palestin terutama kekejaman rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lepas.

Pakar-pakar ini akan menyentuh ketegasan pemimpin-pemimpin negara yang membantah kekejaman berterusan tentera rejim hingga menyebabkan rakyat Palestin terus menderita.

“Kami percaya kepada kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik yang berterusan dan komited untuk meningkatkan kesedaran serta mempromosikan pemahaman melalui platform kami.

“‘TV3 dan Tonton Prihatin’ terhadap situasi yang berlaku di Palestin dan berusaha untuk memberi sokongan padu kami kepada mereka yang memerlukan.

“Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin,” ujar TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Baca juga: ‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima 

Media Prima Teguh Berdiri Bersama Palestin! Hulurkan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui kotak tabung yang disediakan.

Boleh juga disalurkan menerusi akaun:

  • Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau,
  • Maybank 5642 7651 0331

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

Saksikan slot istimewa Buletin Utama TV3 malam ini, 25 Mei 2024 pada pukul 8.00 malam!

Bersama #MediaPrimaBersamamuPalestin #InspirasiGenerasi jangan ketinggalan untuk menyaksikan laporan khas ini menerusi slot Buletin Utama pada pukul 8.00 malam ini. TV3 komited untuk membawa berita yang tepat, berani dan memberi suara kepada mereka yang tidak didengari.

Dengan laporan ini, kami berharap untuk meningkatkan kesedaran dan menyemarakkan semangat solidariti terhadap rakyat Palestin.

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

The post Saksikan Laporan Khas ‘SIRI DUKA PALESTIN’ Di Buletin Utama TV3, 25 Mei 8 Malam Ini! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!