Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Finas teliti permohonan dana elak seleweng

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan membuat penilaian lebih mendalam terhadap permohonan dana yang diterima bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, pihaknya mengambil serius dakwaan serta aduan yang diterima sebelum ini dan mahu memastikan setiap permohonan dana dilakukan melalui tiga pe­ringkat proses yang ketat.

“Desas-desus banyak di luar, tetapi ada juga yang jumpa saya dan menyuarakan hal ini. Bagaimanapun, setiap dakwaan itu perlu mempunyai bukti dan sekiranya bukti sudah diperoleh, baru laporan polis boleh dibuat.

“Malah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini juga ada menjalankan siasatan, tetapi masih lagi dalam proses,” katanya ketika ditemui semasa melawat Ibu Pejabat Media Mulia di sini semalam.

Md. Nasir berkata, ketika ini Finas melaksanakan proses yang agak ketat bagi permohonan dana yang mana latar belakang syarikat akan disemak melalui sistem khas.

“Sistem ini akan menapis permohonan berdasarkan kepada maklumat yang dimasukkan semasa membuat permohonan. Setiap maklumat yang dimasukkan ada nilai serta markahnya selain syarikat perlu memenuhi tiga kriteria utama.

“Tahun ini sahaja, Finas telah menerima lebih 2,000 permohonan untuk mendapatkan dana, tetapi hanya 630 yang lulus tahap pertama permohonan,” ujarnya.

Md. Nasir juga memaklumkan, terdapat aduan mengenai wujudnya kartel di mana seorang individu sama menggunakan nama syarikat berbeza untuk mendapatkan dana.

“Setiap kali sesi pembentangan, kita akan pastikan penerbit, pengarah dan penulis skrip wajib hadir dan tidak boleh diwakili oleh orang lain,” tambahnya.

Dalam pada itu Md. Nasir menjelaskan, Finas akan me­nganjurkan Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) di Melaka pada 2 Disember nanti.

Katanya, FFM32 turut memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Anugerah Seniman Sepanjang Zaman, Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman, Anugerah Filem Cereka Pendek Terbaik dan Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik.

“Penjurian sudah bermula dan ketua juri juga sudah dilantik. Tahun ini, FFM akan mempertanding­kan 28 filem cereka, 10 filem pendek dan 11 filem antarabangsa termasuk dari Iran dan Indonesia,” katanya.

The post Finas teliti permohonan dana elak seleweng appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!