Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

300,000 Pelajar Lepasan SPM Lebih Berminat Untuk TIDAK Sambung Belajar

Untuk menggapai cita-cita yang telah diwar-warkan dalam setiap biodata di zaman persekolahan, sambung belajar lepasan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia yang diambil semasa Tingkatan 5 adalah WAJIB. Namun, berbeza pula dengan generasi terbaharu ini apabila lebih ramai yang tidak lagi berminat untuk menyambung pelajaran seperti yang sepatutnya.

Inilah yang menjadi kegusaran buat ramai dalam kalangan ibu bapa kerana penat memikirkan apa hala tuju anak-anak mereka. Disuruh sambung peringkat pengajian tidak mahu jadi apa yang ingin mereka lakukan?

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

TIDAK MAHU SAMBUNG BELAJAR LEPASAN SPM

sambung belajar lepasan spm

Foto: Kosmo Digital

Terbaharu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melahirkan kebimbangan apabila berdepan cabaran untuk melahirkan tenaga mahir kerana sebilangan pelajar lepasan sekolah lebih berminat untuk tidak meneruskan pengajian mereka.

Menurut laporan dipetik dari Sinar Harian ketika menemui Timbalan Menteri KSM, Mustapa Sakmud, situasi ini dipercayai akan mempengaruhi dan memperlahankan sasaran kementerian untuk melahirkan 35 peratus tenaga mahir menjelang 2030 memandangkan sekarang negara masih berada di tahap 28 peratus.

Bukan itu sahaja, berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih kurang 300,000 pelajar lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran! Hal ini mungkin termasuk dalam beberapa faktor iaitu ekonomi dan pengaruh lain.

Untuk menjadi sebuah negara yang maju selari dengan negara-negara luar, mempunyai tenaga yang mahir dalam setiap bidang serta mencukupi adalah sangat penting bagi mengerakkan industri. Menjadi cabaran yang besar untuk orang dewasa kini untuk mengajak anak muda berminat dengan belajar kerana mereka tidak akan mahu.

Penting juga untuk semua kementerian, sekolah dan ibu bapa perlu berganding bahu bagi memberi kesedaran kepada generasi muda untuk lebih mengutamakan pendidikan. Ini juga termasuk menggalakkan mereka mengambil sijil kemahiran untuk masa depan yang lebih terjamin.

“Jangan hanya memikirkan jangka masa pendek saja, fikirkan yang lebih jauh.

“Yang kekal ini mereka perlu ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka perlu ada sijil kemahiran, dan sudah tentu mereka perlu melanjutkan peringkat diploma atau ijazah itu akan kekal sampai bila-bila,” katanya lagi.

Apa kata kita mendalami satu hadis yang berkata:

فَضْلُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ فَضْلِ الْعِبَادَةِ وَخَيْرُدِيْنِكُمُ الْوَرَعُ

Keutamaan ilmu itu lebih baik dari keutamaan ibadah, dan sebaik-baik keberagaman kalian adalah sikap warak.- (Riwayat Tirmidzi)

Ibadat kita tidak akan sempurna melainkan dengan kecukupan ilmu pengetahuan. Sebab itulah kita harus sentiasa menuntut ilmu.

*Jadi kepada adik-adik sekalian, tuntulah ilmu sepanjang hayatmu dan janganlah terus leka dalam dunia ingin menjadi ‘glamour’ semata-mata. Mungkin mudah untuk mendapat duit tetapi semua itu hanyalah sementara dan ilmu adalah kekal sehingga akhir hayat…

Baca juga: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!

Sumber: Sinar Harian

FT Image:Gambar hiasan

The post 300,000 Pelajar Lepasan SPM Lebih Berminat Untuk TIDAK Sambung Belajar first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!