Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

4 Cara DIY Pembersih Karpet Di Rumah, Tak Payah Susah-Susah Hantar Kedai

Permaidani yang ada rumah tidak kekal bersih kerana sering dipijak dan ini akan menyebabkan debu berkumpul sehingga membuatkan anda cepat sakit. Selain menghantar cuci di kedai, anda juga boleh cuba cara DIY pembersih karpet seperti perkongsian di bawah.

Empat cara ini hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah dan tidak perlu mengeluarkan wang yang begitu banyak. Jom cuba!

Baca juga: Cara Tanggalkan Lencana Sekolah Anak Yang Ditampal Guna Gam, Mudah & Menjadi!

CARA DIY PEMBERSIH KARPET DI RUMAH, KEKAL WANGI & BERSIH

CARA DIY PEMBERSIH KARPET

1. Karpet jenis sintetik

Pembersih karpet jenis sintetik, anda boleh cuba gabungkan bahan-bahan ini:

  • ½ gelen cuka putih
  • ½ gelen air

– Di dalam baldi besar, campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.

– Semburkan sedikit cecair ke atas karpet dan mula cuci.

2. Karpet jenis berwarna cerah

Sekiranya anda memiliki karpet berwarna cerah, boleh cuba pembersih DIY di bawah ini. Mudah sahaja!

Bahan-bahan:

– Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kecil.

– Kacau sehingga sebati dan tuang ke atas karpet.

– Cuci sehingga bersih dan bilas.

– Biarkan kering sepenuhnya sebelum digunakan.

3. DIY semburan karpet

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah, ia akan membuatkan karpet cepat busuk dan kotor. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, boleh cuba semburan DIY untuk permaidani bebas daripada sebarang kotoran.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan cuka suling putih
  • 2 cawan air suam
  • 2 sudu teh garam
  • 15 titis essential oil

– Masukkan semua bahan ke dalam botol semburan dan goncang sehingga sebati.

– Kemudian, boleh sembur ke atas karpet untuk kekal wangi dan bersih.

4. DIY semburan hilangkan bau

Karpet yang sudah lama ada di rumah sudah tentunya akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, anda boleh cuba buat sendiri semburan untuk menghilangkan bau tersebut.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan cuka putih
  • 2 cawan air suam
  • 4 sudu besar baking soda

– Campurkan bahan-bahan dan masukkan ke dalam botol semburan.

– Sembur kawasan dengan larutan dan biarkan selama lima minit.

– Gosok perlahan-lahan dan lap cecair dengan kain lembut.

– Biarkan sehingga karpet kering.

Mudah sahaja? Selepas ini pasti karpet di rumah kekal wangi dan bersih.

Selamat mencuba!

Baca juga: Rupanya Ini Cara Betul Cuci Cermin Guna Surat Khabar, Patutlah Selama Ni Tak Berkilat!

Sumber: Tips Bulletin

The post 4 Cara DIY Pembersih Karpet Di Rumah, Tak Payah Susah-Susah Hantar Kedai first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!