Wanita Ini Kongsi Cara Cuci Kurma Dari Segala Kotoran, Tak Sangka Rupanya Ada ‘Ulat’!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ramadan yang mulia kembali lagi! Kita dapat melihat buah kurma dijual dengan pelbagai jenama di mana-mana saja. Kurma menjadi pilihan utama untuk hidangan sahur dan berbuka puasa bagi umat Islam di seluruh dunia.
Kurma bukan sekadar makanan sunnah, tetapi ia adalah makanan yang menjadi tradisi setiap kali Ramadan tiba. Sebab itulah, pasar raya dan kedai runcit berlumba-lumba mengimport dan menjual kurma.
Baca juga: Resipi Susu Kurma Untuk Sahur, Rahsia Kekal Kenyang & Bertenaga Sepanjang Hari
CARA CUCI BUAH KURMA DARI ULAT & SEGALA KOTORAN
Banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan berbuka dan bersahur dengan kurma. Selain mudah dimakan, kurma juga sangat praktikal, terutamanya jika kita terlewat pulang ke rumah atau bangun sahur.
Namun, baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama Azween Muzani, berkongsi tips menarik tentang cara mencuci kurma. Video beliau menjadi tular dengan jutaan tontonan. Dalam video tersebut, beliau menunjukkan cara membersihkan kurma untuk menghilangkan kotoran dan ulat.
Cara-caranya mudah sahaja:
- Rendam kurma dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.
- Toskan kurma sehingga kering.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
- Jika perlu, lap kurma dengan tisu dapur.
Ada yang risau kurma tidak tahan lama selepas dibasuh. Namun, Azween menunjukkan bahawa kurma yang dibasuh pada beberapa bulan lalu masih segar.
Beliau juga menegaskan bahawa setiap orang ada pilihan dan tidak salah untuk makan kurma tanpa membasuhnya. Namun, jika bimbang ada ulat dalam kurma, lebih baik untuk membasuhnya terlebih dahulu!
Lihat video penuh:
Sumber: TikTok Azween Muzani
Baca juga: Cara Simpan Kurma Supaya Tahan Lama, Sedap Dan Segar Tak Hilang Walau Berbulan
The post Wanita Ini Kongsi Cara Cuci Kurma Dari Segala Kotoran, Tak Sangka Rupanya Ada ‘Ulat’! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan