Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tak Sangka Meja Boleh Menjadi Salah Satu Simbolik Masyarakat? Ha, Kena Tonton Iklan Raya Sime Darby Property Ni Dulu!

Sebagai syarikat pemaju hartanah tersohor di Malaysia, Sime Darby Property (SDP) mengibaratkan jenamanya sebagai pengganda nilai bagi semua lapisan masyarakat. 

Sempena bulan perayaan ini, SDP bertekad menggandakan lebih banyak nilai dengan mengetengahkan konsep perkongsian ruang untuk menjadikan Raya Bersama lebih bermakna.

Bagi menyampaikan mesej berkenaan, SDP memilih satu elemen yang relevan dengan Hari Raya Aidilfitri serta sinonim dengan titik mula pelbagai detik suka-duka dalam kehidupan masyarakat-meja.

Kenapa meja?

Ruang berkaki empat di mana orang kerap berkumpul menjadi inspirasi kepada SDP untuk menghasilkan sebuah filem pendek Raya yang menampilkan contoh detik-detik penting yang selalu berlaku ketika di meja. 

Ia merangkumi pertemuan semula dengan ahli keluarga tersayang, pembaharuan ikatan yang murni, kerjasama dengan rakan sekerja, pemberian bantuan kepada golongan asnaf, penunaian zakat, serta pencarian rezeki yang berkat.

Sesungguhnya, objek berupa meja ini amat simbolik dengan komitmen SDP untuk memupuk kebersamaan komuniti serta mewujudkan jalinan masyarakat yang bersepadu di setiap perbandarannya.

Sejajar dengan matlamatnya sebagai Force for Good, SDP tekad untuk menjadi pengganda nilai secara menyeluruh kepada masyarakat, perniagaan, ekonomi dan planet dengan membangunkan projek-projek yang mengutamakan kepentingan perpaduan masyarakat dan kesejahteraan semua generasi.

SDP merakam setiap detik di mana semua lapisan masyarakat bersatu kerana Nilai yang Dikongsi Bersama, Mengeratkan Jalinan Semua. 

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, SDP berbesar hati untuk Raya Bersama dengan berkongsi ruang untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna.

Rumah Terbuka Raya

Bagi memupuk semangat kebersamaan, SDP akan menganjurkan Rumah Terbuka Raya di beberapa galeri jualannya yang terpilih antara 7 hingga 21 Mei 2023.

Antara lokasi pilihan adalah Bandar Serenia, Elmina, Bandar Bukit Raja dan Putra Heights di Selangor, KL East di Kuala Lumpur, Nilai Impian dan Bandar Ainsdale di Negeri Sembilan, serta Bandar Universiti Pagoh di Johor.

Pelbagai aktiviti yang menarik seperti cabutan bertuah Spin The Wheel menanti anda di sana.

Pastikan juga anda tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah istimewa Hari Raya daripada SDP termasuk hidangan-hidangan khas seperti Kambing Golek.

SDP turut menawarkan hadiah Duit Raya bernilai RM10,000 untuk 20 pemenang bertuah bermula dari 1 April hingga 31 Mei 2023.

Anda juga berpeluang membawa pulang kotak hadiah eksklusif apabila anda membeli hartanah daripada SDP!

Baucar istimewa KL East Mall dan Golfers Terrace Kuala Lumpur Golf & Country Club, masing-masing bernilai RM8,000 dan RM5,000 juga akan dihadiahkan kepada pembeli rumah yang bertuah. 

Bagi pembeli produk-produk perumahan SDP yang terpilih pula, anda boleh menikmati pengecualian duti setem dan Memorandum Pemindahan (“MoT”).

Apa tunggu lagi? Jangan lupa membawa keluarga untuk Raya Bersama SDP dan menikmati pelbagai tawaran menarik di Rumah Terbuka Raya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada SDP, sila layari www.simedarbyproperty.com/raya

Poll Link: https://poll.tryinteract.com/#/preview/64488b6edfcb7c00148504ff 

 

The post Tak Sangka Meja Boleh Menjadi Salah Satu Simbolik Masyarakat? Ha, Kena Tonton Iklan Raya Sime Darby Property Ni Dulu! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!