Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Penatlah, Tiap Kali Haid Mesti Senggugut, Cuba 5 Cara Ini Untuk Legakan Rasa Sakit, Berkesan Tau!

“Alahai penatnya..entah apalah aku makan jadi punca senggugut teruk ni. Apa nak buat eh?”

Sebagai kaum wanita sudah semestinya menjadi rutin setiap bulan perlu mengharungi ‘saat getir’ berjuang dengan kesakitan bernama senggugut. Boleh dikatakan 80% wanita mengalami senggugut ini tidak kira teruk ataupun tidak.

Bermacam-macam kajian mengatakan punca senggugut ini boleh dikaitkan seperti pemakanan tidak sihat dan ini adalah normal dalam kalangan wanita.

Tetapi, kalau dah selalu sakit kena juga cari jalan penyelesaian untuk kurangkan penderitaan ini bukan? Oleh itu, berikut merupakan antara lima cara berkesan untuk legakan sakit senggugut supaya anda boleh teruskan aktiviti harian dengan ‘smooth’…

PUNCA SENGGUGUT TERUK, INI CARA BERKESAN NAK LEGAKAN

punca senggugut

1. Panaskan kawasan perut

Menurut Dr.Borchardt dari Houston Methodist Medicine, ketika anda alami senggugut adalah amat disarankan untuk meletakkan benda-benda yang boleh memanaskan kawasan perut. Tungku panas seperti apa yang digunakan oleh mak-mak ketika pantang bersalin memang berkesan untuk melegakan ‘cramp’.

Bukan itu sahaja, ada banyak pelekat panas untuk melegakan senggugut dijual di pasaran dan anda boleh dapati dengan mudah. Siap ada yang tahan suam di perut selama 8 jam!

2. Ubat ‘pain reliever’

Memang banyak ubat atau pil pain reliever dijual di pasaran tetapi adakah semua sesuai? Berdasarkan Dr. Borchardt lagi, pastikan anda makan pil melegakan kesakitan yang dikategorikan dalam NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs).

Bukan itu sahaja, pilihan lain untuk pil adalah seperti Ibuprofen (Advil) and Naproxen (Aleve). Pastikan anda dapat ubat-ubat kesihatan ini atas nasihat ahli farmasi atau pakar perubatan dahulu ya.

punca senggugut

3. Bersenam

Sakit senggugut pun kena bersenam ke? Ya, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang terbaring sahaja ketika mengalami senggugut tetapi rupanya senaman sangat membantu untuk melegakan sakit.

Bersenam walaupun hanya senaman ringan dapat membantu untuk melepaskan hormon endorphins yang dapat membantu melegakan kesakitan.

Bukan itu sahaja, senaman juga menjadi salah satu cara untuk anda lepaskan stres dan kurang fikir mengenai sakit senggugut.

4. Letak stres jauh-jauh

Bila asyik stres sahaja, inilah yang menambahkan kesakitan yang dialami. Bila tengah mengalami senggugut, ambil masa untuk rehat dan tenang. Mungkin anda boleh lakukan yoga, senaman deep-breathing dan boleh juga rileks menonton filem kegemaran. Sedar tak sedar, kesakitan yang dialami boleh hilang dengan begitu sahaja.

5. Makan vitamin

Bukan sahaja mengamalkan diet yang sihat dapat membantu melegakan sakit senggugut, pengambilan vitamin dan mineral yang cukup untuk badan pun membantu.

Pakar memberi saranan untuk anda ambil lebih vitamin B1 yang dipanggil Thiamin, magnesium dan Omega 3 yang dapat membantu mengurangkan sakit senggugut.

punca senggugut

Antara makanan yang tinggi dengan kandungan vitamin B1 dan Magnesium:

-Kekacang

-Bjirin

-Bayam

-Bunga kobis

-Kale

-Avokado

-Asparagus

-Oren

Namun perlu diingatkan bahawa ada juga situasi apabila kesakitan senggugut ini berlangsung dalam tempoh lebih lama dan lebih teruk. Inilah yang merisaukan kerana menjadi punca kepada penyakit lain pula.

Pakar Genikologi berpendapat bahawa senggugut yang teruk membawa kepada beberapa masalah kesihatan iaitu, uterine fibroids dan pelvic inflammatory.

Bunyi pun dah seram kan? Oleh itu, jika ada masalah senggugut yang berlarutan lebih dari seminggu, pastikan anda dapatkan rawatan yang sewajarnya supaya kesihatan dalaman wanita terjaga.

Sumber: Houston Methodist Learning Medicine

The post Penatlah, Tiap Kali Haid Mesti Senggugut, Cuba 5 Cara Ini Untuk Legakan Rasa Sakit, Berkesan Tau! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!