Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Jadi Teman Lelaki Untuk Disewa Sederhana

Jadi Teman Lelaki Untuk Disewa Sederhana

Seorang lelaki di Jepun meraih keuntungan dengan menawarkan perkhidmatan ‘teman lelaki yang tidak begitu tampan untuk disewa’.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, bekas pelawak Rui Shinohara, 34, memuat naik di X, pada 2020 bahawa dia mula menyewakan dirinya kepada mereka yang ingin menggunakan khidmatnya.

Tawaran itu dibuka kepada wanita yang mahu seorang lelaki yang kelihatan sederhana atau mereka ingin mempersiapkan diri untuk temu janji mereka dengan lelaki yang tampan.

Dia juga menawarkan dirinya diambil jenama fesyen yang memerlukan model berwajah sederhana.

Shinohara menambah bahawa pelanggan boleh membulinya tetapi tidak keterlaluan.

Perkongsiannya menerima 36,000 tanda suka dan 30 permintaan perkhidmatan selepas menyiarkan ciapan itu.

Shinohara berkata, dia bagaimanapun terpaksa menghentikan perkhidmatannya apabila jumlah pelanggan menurun secara mendadak kerana Covid-19.

Ketika wabak itu, dia berhijrah ke Filipina kerana kos sara hidup lebih berpatutan, tetapi berpindah semula ke Jepun selepas setahun kerana tekanan kerja yang besar.

Shinohara memulakan semula perkhidmatan sewanya selepas kembali ke Jepun.

Dia kini mengenakan bayaran 10,000 yen (kira-kira RM290) untuk dua hingga tiga jam dan pelanggan mesti membayar kos makanan dan pengangkutan.-hmetro

The post Jadi Teman Lelaki Untuk Disewa Sederhana appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!