Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Kajian Dapati Isteri Tertekan Sebab Sikap Suami, Lebih Memeningkan Daripada Anak!

Kehidupan berumah tangga sudah tentunya satu perkara yang mencabar sehingga ada suami yang tidak perasan bahawa diri mereka merupakan punca isteri stres atau tertekan. Walaupun rata-rata lelaki pandai menjalankan tanggungjawab namun masih ada juga dalam kalangan mereka yang mengendahkan sahaja.

Perangai seperti ini sebenarnya menjadi punca isteri stres sekiranya berada di rumah kerana tidak mendapat apa yang sepatutnya diterima.

Baca juga: Idea Ayah Bagi Anak Main Sayur Kubis Dalam Kereta Api Tarik Perhatian Warganet

PUNCA ISTERI STRES ADALAH SUAMI, LEBIH DARIPADA ANAK

PUNCA ISTERI STRES

Menerusi perkongsian Mindset Therapy di laman Instagram, punca isteri stres adalah disebabkan oleh suami yang kadang-kadang melebih daripada sikap anak.

Kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati lebih 7,000 isteri mengalami tekanan adalah disebabkan oleh suami mereka sendiri berbanding anak.

Tekanan utama yang dialami oleh si isteri termasuklah kekurangan bantuan daripada pasangan untuk menjalankan tugas dalam rumah tangga. Hal ini sudah tentunya membuatkan wanita rasa tertekan kerana perlu menjalankan tanggungjawab seorang diri tanpa bantuan suami di sisi.

Tekanan yang dialami oleh isteri dan ketidakseimbangan dalam kehidupan berumah tangga boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung. Ini bermakna apabila si suami kehilangan isteri, kesihatan mereka akan mula merosot.

Manakala, wanita bergelar janda mengalami peningkatan kesihatan dan kurang tekanan kerana si suami tidak lagi memberi kesan di dalam hidupnya.

Baca juga: Sekitar 2000-3000 Individu Di Selangor Dilaporkan Alami Gangguan Mental

Sumber: Instagram Mindset Therapy

The post Kajian Dapati Isteri Tertekan Sebab Sikap Suami, Lebih Memeningkan Daripada Anak! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!