Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara Masak Kambing Masala, Sedap Dimakan Bersama Nasi Minyak

https://ift.tt/ZIYRP0q

cara masak kambing masala

Ini cara masak Kambing Masala yang anda boleh cuba mengunakan resipi dari perkongsian Gaithri Cheran ini. Ia adalah sejenis hidangan kari yang menggunakan daging kambing sebagai bahan utama.

Hidangan ini biasanya menggunakan rempah-rempah seperti jintan, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan serai, yang memberikan cita rasa yang kaya dan wangi baunya.

Baca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Kambing Masala memang sedap dimakan bersama nasi minyak. Kombinasi antara dua hidangan ini adalah pilihan yang sangat baik untuk anda yang ingin menikmati hidangan kaya rempah dengan nasi yang lemak dan beraroma. 

Ada juga sesetengah orang juga suka menyajikannya dengan roti atau nasi pilaf. Jika anda sukakan pedas, boleh juga tambahkan sambal atau serbuk cili sebagai pelengkap. 


CARA MASAK KAMBING MASALA

cara masak kambing masala

Bahan utama:

  • Kambing – 1 kg 

Nota: Dipotong kecil dan direbus menggunakan pressure cooker 3 wisel, asingkan air rebusan dengan daging. Air rebusan akan diguna untuk memasak nanti.

Bahan Kisar:

  • Halia – 2cm
  • Bawang putih – 7 ulas
  • Bawang merah – 1 biji potong halus

Bahan Cili Giling:

  • 10 cili kering direbus dan digiling bersama 5 ulas bawang putih & 1 bawang merah

Bahan rempah:

  • Bunga cengkih – 2
  • Kayu manis – 1
  • Jintan manis – 1 sudu kecil
  • Bawang merah – 1 dihiris
  • Serai – 3
  • Daun pandan – 3 helai
  • Tomato – 1 biji, dipotong kecil
  • Kentang – 2 biji, potong dadu besar
  • Santan – 4 sudu besar
  • Gula melaka – 3 sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Ajishio – lada hitam

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan 5 sudu besar minyak masak, masukkan bunga cengkih, kayu manis, jintan manis, dan serai.
  2. Masukkan bawang merah, tomato, dan bahan kisar. Gaul rata dan masak sehingga bawang layu dan kuning – kekuningan. Masukkan daun pandan. Saya suka daun pandan dimasak bersama daging kambing kerana bau kambing akan diserap dan kuahnya menjadi lebih sedap.
  3. Masukkan bahan cili giling dan campurkan air rebusan daging tadi, kemudian masukkan kentang. Masak selama 10 minit.
  4. Masukkan daging kambing, gaul rata, kemudian masukkan santan, gula melaka, dan garam. Masukkan ajishio lada hitam, masak selama 5 minit sehingga kuah pekat.
  5. Kambing masala siap untuk dihidangkan.

cara masak kambing masala

Nota: Gula melaka merupakan bahan rahsia Gaithri Cheran sebab ia menambah perisa dan memberi rasa berlemak kepada daging kambing berbanding dengan gula biasa. Selain itu, ia membuatkan warna kuah lebih gelap dan pekat berbanding kambing masala biasa.


Selamat mencuba.

Sumber: Gaithri Cheran

Baca juga: Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti

The post Cara Masak Kambing Masala, Sedap Dimakan Bersama Nasi Minyak appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!