Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Resipi Kek Marble Pisang Versi Lembut & Ringan, Bila Makan Terus Cair Dalam Mulut!

https://ift.tt/Rcv32Fa

kek marble pisang

Ada banyak resepi kek marble tapi kek marble pisang ini jarang dibuat orang. Jadi, ia boleh dikatakan unik dan memang ‘rare’.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan resepi kek pisang marble yang dijamin lembut. Bila digigit, terus cair dan meleleh dalam mulut.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

RESEPI KEK MARBLE PISANG

kek marble pisang

Bahan-bahan:

  • 150g tepung naik sendiri
  • 120g gula
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu makan ovalet
  • 30ml susu segar
  • 100g butter/marjerin (dicairkan)
  • 4 biji pisang yang sesuai (dilenyekkan)

Cara-cara:

  1. Pukul semua bahan-bahan bertanda (*) hingga gebu dan pekat.
  2. Kemudian, masukkan butter atau marjerin yang telah dicairkan. Gaul sampai rata.
  3. Selepas itu, masukkan pisang yang telah dilenyek dan sambung kacau hingga rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci.
  5. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 1 jam.
  6. Jika kek sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  7. Apabila sudah sejuk, boleh terus untuk dihidangkan.

Tips:

  • Jika ada serbuk coklat Milo, boleh tambahkan ke dalam adunan sebanyak 2-3 sudu besar.
  • Selain serbuk coklat, boleh juga letakkan sedikit serbuk Horlicks.
  • Jika tiada 2 bahan di atas, boleh gunakan 1 sudu besar serbuk koko untuk dapatkan aroma coklat.

Kredit resipi dan gambar: Khairunnisa Mohammad

Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

The post Resipi Kek Marble Pisang Versi Lembut & Ringan, Bila Makan Terus Cair Dalam Mulut! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!