Rahsia Sambal Tumis Sedap, Kurang Pedas & Warna Cantik, Confirm Menjadi!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Rupanya, ada cara buat sambal tumis yang cantik warnanya, sedap dan kurang pedas. Sambal tumis ini enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong, mahupun nasi putih saja.
Lauk apa pun yang digandingkan dengannya, semuanya pasti membuka selera. Bahkan, makan dengan ikan goreng saja sudah cukup membuat kita kekenyangan.
Jika anda ingin tahu apakah petua dan rahsia menghasilkan sambal tumis yang sedap, mari ikuti artikel ini dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Sambal Kicap Mentah Yang Padu, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari!
CARA BUAT SAMBAL TUMIS YANG SEDAP, KURANG PEDAS DAN WARNA CANTIK
Berikut merupakan tip buat sambal tumis yang sedap, kurang pedas dan warna cantik:
1. Potong cili kering dan buang bijinya. Kemudian rebus agak lama. Campur cili yang kurus (pedas) dan cili yang gemuk (kurang pedas).
2. Selepas itu, kisar cili kering yang sudah direbus tadi. Campuran dua jenis cili kering ini akan menghasilkan warna sambal yang cantik, sedap dan kurang pedas.
3. Untuk membuat sambal tumis, kisar 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 ini halia. Tumis bersama cili yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Puan Suriani Mohd
Baca juga: Tip Sambal Sotong Tak Berair Bila Masak, Elok Lembut Gebu & Tak Kecut!
The post Rahsia Sambal Tumis Sedap, Kurang Pedas & Warna Cantik, Confirm Menjadi! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan