Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Cubaan Seludup Minyak Masak Peket Bernilai RM91,880 Gagal

Cubaan Seludup Minyak Masak Peket RM91,880 Gagal

Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 255 peket minyak masak bersubsidi dalam Op Taring Gelora di kawasan laut Pulau Denawan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, seorang juragan tempatan berusia 22 tahun yang menggunakan bot jenis fiber ditahan anggota PPM Semporna.

Baca: Seludup Anjing Kucing Lebih 400 Diselamatkan Polis

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan ke atas bot itu menemui 15 kotak dan setiap kotak berisi 17 peket minyak masak di dalam ruangan bot berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut, juragan gagal menunjukkan dokumen yang sah memiliki barang kawalan berkenaan yang cuba diseludup ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin berjumlah RM91,880,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, juragan, bot fiber ditahan dan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kes dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna,” katanya. – Info X

The post Cubaan Seludup Minyak Masak Peket Bernilai RM91,880 Gagal appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!