Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kewangan 2025 Diramal Agak ‘Keras’, Tarikh Buka Sekolah 2025 Rapat Dengan Hari Raya!

Nampaknya, sekarang kita tengah berada di fasa akhir tengah tahun 2024 dan ramai sudah gementar apabila melihat kalendar tahun 2025. Mana tidaknya, tarikh buka sekolah pada tahun depan dilihat sangat hampir dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Ini menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat membuat ramalan status kewangan mereka akan sedikit ‘keras’ pada tahun 2025.

Baca juga: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 Bermula Mac, Ini Jadual Penuh Untuk Rujukan

TARIKH BUKA SEKOLAH 2025, RAMALAN KEWANGAN MAKIN ‘KERAS’

tarikh buka sekolah

Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat juga, menyebabkan ramai dalam kalangan pasangan suami isteri takut untuk menimang cahaya mata.

Terdapat satu perkongsian di laman Tiktok apabila seorang wanita tular dalam berkongsikan ramalannya tentang tahun 2025 yang akan memberi banyak cabaran buat rakyat Malaysia.

Hal ini kerana, pada tahun 2025 akan berlaku banyaknya ‘pertindihan’ tarikh penting dalam tempoh singkat yang memerlukan individu atau keluarga menyediakan wang belanja yang banyak.

Apa yang kita tahu, tarikh pembukaan sekolah tidak akan mempunyai jarak yang banyak dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, menyebabkan ramai dalam kalangan ibu bapa risau tidak cukup wang belanja.

“Takkan nak tunggu bulan itu baru nak menabung? Strateginya adalaj kena mula menabung dari sekarang!” kongsi wanita yang dikenali sebagai Isteri Solehah itu.

Berdasarkan kiraan pada kalendar yang dilakukan oleh netizen, perbelanjaan dijangka meningkat bermula Disember tahun ini (2024) sehingga April 2025 dan hanya akan kembali normal pada Mei 2025. Jadi, berikut adalah untuk makluman, sesi persekolahan bagi penggal 1 sesi akademik 2025 akan bermula pada tarikh:

Kumpulan A : (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 16 Februari 2025

Kumpulan B : (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 17 Februari 2025

Manakala, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek juga telah memberitahu bahawa sesi persekolahan bagi tahun 2026 akan kembali bermula pada bulan Januari.

tarikh buka sekolah

*Didoakan kepada kita untuk dicukupkan rezeki menghadapi tahun hadapan dalam menyediakan kemudahan kepada seisi keluarga. Aaamin…

Baca juga: Murid Darjah 6 Kena Siap Sedia Dengan 5 Tips Ini Sebelum Masuk Alam Sekolah Menengah

Sumber: Mstar, eCentral

The post Kewangan 2025 Diramal Agak ‘Keras’, Tarikh Buka Sekolah 2025 Rapat Dengan Hari Raya! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!