Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Dari 165sentimeter ke 183sentimeter Lelaki Tambah Tinggi

Dari 165sentimeter ke 183sentimeter, Lelaki Tambah Tinggi

Selepas ditolak wanita kerana tubuhnya yang terlalu pendek, Dynzell Sigers, seorang veteran tentera laut dari Georgia, Amerika Syarikat (AS) nekad membelanjakan AS$ 81,000 (kira-kira RM379,809) untuk menjalani pembedahan mengubah bentuk fizikalnya.

Portal NDTV melaporkan, prosedur itu membantu meningkatkan ketinggiannya daripada 165 sentimeter (sm) kepada 183 sm.

“Sepanjang hidup, saya bergelut dengan keadaan diri yang bertubuh kecil dan tidak kira apa yang saya lakukan untuk mengubahnya, saya sentiasa berasa perkara yang sama.

“Pemanjangan anggota badan memberi saya peluang untuk mengubah hidup saya dan cara saya melihat kehidupan secara keseluruhan,” kata Sigers, 27, dalam e-mel kepada The New York Post.

Sigers, 27, mendakwa sering ditolak oleh individu yang disukainya kerana terlalu pendek.

“Saya berpegang pada itu dan akan sentiasa mempertimbangkan ketinggian saya sebelum mendekati wanita, yang sering menyebabkan saya terlepas (banyak) peluang,” kata anak kelahiran Atlanta itu kepada NeedToKnow.co.uk.

Menurut New York Post, selama bertahun-tahun, Sigers meneliti cara menambah ketinggian tetapi tidak berhasil sehingga terjumpa prosedur yang kemudian mengubah hidupnya.

Menurut Sigers, pembedahan memanjangkan anggota badan kelihatan seperti pilihan yang berdaya maju dan dia segera mengatur temu janji untuk prosedur berkenaan.

“Saya tidak mempunyai inspirasi tertentu dan hanya mahu mencipta semula badan dan minda saya.

“Cara yang lebih baik adalah meningkatkan ketinggian saya dan mendapatkan bentuk yang hebat,” kata bekas pegawai perubatan tentera laut itu.-hmetro

The post Dari 165sentimeter ke 183sentimeter, Lelaki Tambah Tinggi appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!