Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Lelaki Jumpa Emas Bernilai RM1 Juta

Lelaki Jumpa Emas Bernilai RM1 Juta

Lelaki Australia yang ‘bersenjatakan’ pengesan logam bajet mendapat ‘durian runtuh’ apabila menemui batu seberat 4.6 kilogram (kg) mengandungi emas bernilai A$240,000 (kira-kira RM1 juta).

BBC melaporkan, lelaki itu yang tidak mahu namanya didedahkan menemui emas di Victoria yang juga nadi kepada lubuk emas Australia pada tahun 1800-an.

Baca: Lelaki Ditipu ‘Teman Lelaki’ Rugi Emas RM370,000 Dan Wang RM201,000

Darren Kamp yang menghargai dan membeli spesimen itu berkata, ia adalah yang terbesar pernah dilihatnya sepanjang kerjayanya selama 43 tahun.

“Saya terkejut… ia adalah penemuan sekali seumur hidup,” katanya kepada BBC.

Kamp tidak terlalu memikirkannya apabila seorang lelaki yang memakai beg galas besar masuk ke kedainya di Geelong, yang terletak kira-kira sejam di barat daya Melbourne.

Biasanya orang datang dengan emas atau batu lain yang kelihatan seperti emas, kata Kamp.

“Tetapi, dia menarik batu ini keluar dan ketika dia meletakkannya ke tangan saya dia berkata, ‘Adakah anda fikir ada nilai A$10,000 (kira-kira RM44,000) di dalamnya?”

“Saya memandangnya dan berkata, ‘Cuba A$100,000’ (kira-kira RM440,000). Lelaki itu kemudian memberitahu, batu di tangan hanya separuh yang ditemukan,” katanya.

Batu seberat 4.6 kilogram (kg) itu mengandungi kira-kira 2.6 kg emas.

Selepas dinilai, Kamp membeli daripadanya.

Dia berkata, lelaki bertuah itu tidak sabar untuk membelanjakan wang itu untuk keluarganya.

“Dia berkata kepada saya, ‘Oh isteri akan gembira’,” katanya.

Walaupun penemuan seperti itu jarang berlaku, Australia dianggarkan mempunyai rizab emas terbesar di dunia, dan banyak emas terbesar di dunia ditemukan di Australia.-hmetro

The post Lelaki Jumpa Emas Bernilai RM1 Juta appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!