Langkau ke kandungan utama

Full guide - How to Make Slime Without Activator With Glue and Water

Imej
  Have you ever watched those satisfying slime videos online and wondered if you could make your own at home without using complicated ingredients? Surprisingly, many people think slime always requires borax, contact lens solution, or special activators — but there are actually simple methods that can still create a fun stretchy texture using common household items. The secret lies in understanding the texture, consistency, and mixing process. While glue and water alone may not instantly transform into perfect slime, using the right technique can help create a soft, gooey, and satisfying DIY slime-like mixture that is fun to play with. Whether you are trying this for a school activity, boredom relief, DIY fun, or simply to experiment at home, this guide will show you an easy and beginner-friendly way to make slime safely. Ingredients You Need Before starting, prepare these simple ingredients: White school glue Water Mixing bowl Spoon or mixing stick Optional ingredients: Food color...

Cara Masak Udang Buttermilk Lemak Berkrim, Rasa Yang Tak Boleh Dilupa!

https://ift.tt/n42MXOP

udang buttermilk

Pasti ramai dah biasa buat ayam buttermilk, kali ini kita cuba pula masak udang buttermilk. Penggemar udang mesti akan suka menu ini!

Cara penyediaannya cukup muda. Bahan yang diperlukan pula hanyalah udang, butter, bawang putih, cili padi dan beberapa bahan ringkas yang lain.

Resipi ini pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur. Jadi, jika ada yang ingin mencuba, jom lihat cara memasaknya di bawah.

Baca juga: Resipi Udang Belon Rangup & Juicy, Kembang Bulat Elok Kejadiannya

RESEPI UDANG BUTTERMILK

udang buttermilk

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili api
  • Susu cair ½ cawan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • Garam

Cara memasak:

1. Pertama sekali, goreng udang di dalam minyak masak hingga masak.

2. Setelah itu, angkat udang dan ketepikan seketika.

3. Gunakan sedikit minyak sisa gorengan udang, kemudian masukkan butter.

4. Setelah butter cair, masukkan bawang putih, daun kari dan cili api.

5. Tumis ketiga-tiga bahan tersebut sehingga wangi.

6. Kemudian, masukkan susu cair dan susu pekat ke dalam kuali.

7. Jangan lupa untuk menambah garam secukup rasa.

8. Apabila rasa kuah sudah sesuai, masukkan udang yang telah digoreng tadi.

udang buttermilk

9. Kacau hingga sebati. Jika suka kuah, tutup api sebaik sahaja udang dimasukkan. Jika suka kering, biarkan seketika sehingga kuah pekat.

udang buttermilk

10. Siap, sedia untuk dihidangkan!

Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura

Baca juga: Cara Simpan Udang Siap Kupas, Bila Nak Masak Tetap Segar & Kenyal

The post Cara Masak Udang Buttermilk Lemak Berkrim, Rasa Yang Tak Boleh Dilupa! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN