Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

7 Nasihat Bila Guna Media Sosial, Kurangkan ‘Membawang’! Baru Kekal Tenang

Cara guna media sosial perlulah betul supaya ia tidak menjadi toksik kepada diri sendiri dan orang lain. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat di posting orang lain kerana ia boleh menyebabkan pergaduhan.

Jadi, bagi memastikan anda kekal tenang, emosi dan mental terjaga, amalkan 7 tips cara guna media sosial dengan betul seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: 5 Punca Solat Tak Diterima Oleh Allah SWT, Ruginya Kalau Terlepas Pandang!

CARA GUNA MEDIA SOSIAL DENGAN BETUL, BARU KEKAL TENANG

CARA GUNA MEDIA SOSIAL

Bila jumpa geng mak-mak yang menghampiri umur 40 tahun, masing-masing bersetuju tenang is good bukan sahaja secara mental dan emosi malah badan rasa lebih sihat. 

Jadi, 7 tips untuk bertenang bila guna media sosial:

1. Tak perlu ambil serius

Bila terbaca status yang kita rasa “dituju pada kita” remind diri kita, itu hanya perasan kita. Kalau terasa mungkin ada sebab, mungkin tanda perlu muhasabah diri.

2. Tak salah bila tersilap langkah

Adakala kita buat sesuatu tapi tak menjadi. Tak apa, setiap pengalaman adalah pengajaran. Sentiasa ada hikmah insyaAllah walaupun perancangan kita ke laut.

3. Belajar mendengar & kurang bercakap

Mulut yang banyak bercakap, akan kurang mendengar. Ada masa kita boleh cakap, ada masa kita perlu belajar untuk mendengar.

4. Bersyukur dengan apa yang ada depan mata

Sentiasa bersyukur, walaupun sekecil nikmat.

5. Jangan banding-banding

Bila kita kerap banding diri kita dengan orang lain, secara tak langsung mungkin kita kurang rasa bersyukur. Sedangkan takdir kita semua tak sama.

6. Belajar untuk bertanggungjawab

Walk the talk. Contoh jika mulut kata nak sihat, susuli dengan tindakan yang sesuai.

7. Jauhi perdebatan

Adakala berdebat tidak bawa kepada solusi, hanya penat emosi dan perbalahan yang tiada pengakhiran.

Kita tak boleh kawal orang lain. Kita hanya boleh usaha untuk kawal diri sendiri.

Semoga bermanfaat dan ingat ya, pastikan anda menggunakan semua platform media sosial dengan betul.

Baca juga: “Mencabar Didik Anak Zaman Sekarang…”- Fokus 5 Benda Ini Supaya Anak Elak Maksiat

Sumber: Facebook Aishah Came

The post 7 Nasihat Bila Guna Media Sosial, Kurangkan ‘Membawang’! Baru Kekal Tenang first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!