Langkau ke kandungan utama

“Baiknya Makcik!”- Viral Ibu Ini Suka Belanja Orang Makan Depan Rumah Setiap Ramadan, Ajak Sesiapa Yang Lalu Untuk Iftar Walaupun Tak Kenal

Imej
https://ift.tt/oFO3Uhi Dalam bulan Ramadan, kisah tentang sikap suka belanja orang makan sering menyentuh hati netizen. Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads menjadi tular apabila seorang individu menceritakan perangai “random” ibunya yang gemar memasak dalam jumlah banyak dan mengajak sesiapa sahaja yang lalu di depan rumah untuk berbuka bersama. Perkongsian ringkas itu mengundang ribuan reaksi kerana ramai mengatakan ia mengingatkan mereka kepada kasih sayang seorang mak. Baca juga: Demi Kebersihan Makanan, Peniaga Ini Pasang Penghadang Di Gerai, Nampak Simple Tapi Ramai Suka KISAH MAK BELANJA ORANG MAKAN TANPA KENAL SIAPA Menurut cerita tersebut, si ibu akan memasak pelbagai hidangan setiap hari sepanjang Ramadan dalam kuantiti yang sangat banyak. Apa yang lebih menyentuh hati, makanan itu tidak disimpan untuk keluarga sahaja. Sebaliknya, si ibu akan: Mengangkat semua makanan ke depan rumah Menyusun hidangan untuk dikongsi Memanggil sesiapa sahaja yang lalu Menjem...

Dim Sum Sedap Dan Mudah, Satu Resipi Boleh Guna Cara Kukus Atau Goreng

https://ift.tt/SXweYQ2

dim sum sedap

Teringin makan dim sum sedap seperti di restoran tapi tak tahu pula cara membuatnya. Jangan risau, kami akan kongsikan resipi ringkas dan mudah untuk anda cuba di rumah.

Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina yang lazat dinikmati pada waktu pagi hingga tengah hari. Biasanya, ia dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.

Salimah Olie telah kongsikan resipi Dim Sum sedap di Facebook yang boleh dibuat secara kukus atau goreng dengan mudah dan hasilnya cukup menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Dim Sum Guna Kulit Popia Vietnam, Lebih Sedap Dari Biasa!

RESIPI DIM SUM SEDAP

dim sum sedap

Bahan-bahan:

Bahan-bahan inti:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, hancurkan isi ayam dan udang dengan menggunakan food processor. Jika tiada, boleh tumbuk atau cincang saja sampai hancur.

2. Kemudian, masukkan isi ayam dan udang yang telah dihancurkan bersama tepung jagung, lobak merah, cendawan shitake, telur, minyak bijan dan garam.

dim sum sedap

3. Selepas itu, gaul semua bahan sampai sebati (boleh letak daun bawang juga jika suka).

4. Ambil sehelai kulit wanton dan letakkan inti, kemudian bungkus dengan cantik.

5. Setelah siap dibungkus, boleh kukus dalam 3 atau 4 minit sampai kulitnya jadi warna jernih.

6. Jika dalam versi goreng, gunakan api perlahan dan goreng sampai garing, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Dim Sum sangat sedap dimakan dengan mencicahnya dalam sos cili dan sos manis. Jika anda hidangkannya untuk keluarga di rumah, pasti mereka memuji kesedapannya nanti.

Bagi mempelbagaikan hidangan, anda boleh mengolah resipi Dim Sum ini dengan menggunakan inti lain seperti daging, ketam, sayur dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Salimah Olie

Baca juga: Resepi Chee Cheong Fun Udang, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Guna Rice Paper

The post Dim Sum Sedap Dan Mudah, Satu Resipi Boleh Guna Cara Kukus Atau Goreng appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!