Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Piala Dunia: Dua gol pantas bantu Portugal benam Ghana

DOHA – Portugal akhirnya berjaya mengakhiri badi perlawanan pertama Piala Dunia apabila menumpaskan Ghana 3-2 dalam aksi Kumpulan H di Stadium 974 sebentar tadi.

Berdasarkan rekod dalam tiga penampilan edisi lalu, Portugal seakan kurang bernasib baik pada aksi pembukaan peringkat kumpulan apabila hanya mencatatkan dua keputusan seri dan kalah sekali.

Walaupun masih segar dengan berita penamatan kontrak secara persetujuan bersama dengan Manchester United, kapten Portugal, Cristiano Ronaldo jelas tidak terkesan apabila masih mampu mengetuai rakan sepasukannya kutip tiga mata penting.

Tempoh dua minit di hujung permainan nyata menjadi detik paling mengecewakan buat Ghana selepas gagal mempertahankan gawang daripada dibolosi apabila Portugal berupaya meledak dua gol pantas.

Apa yang dipersembahkan pada perlawanan kali ini begitu menyerlahkan misi besar skuad Selecao untuk menamatkan badi dengan berjaya menguasai 69 peratus permainan sepanjang babak pertama.

Seawal minit ke-9, Portugal sepatutnya sudah mampu berada di depan sebaliknya kepantasan penjaga gol Ghana, Lawrence Ati-Zigi untuk keluar daripada posisinya berjaya menghalang usaha dilakukan Ronaldo.

Kegagalan itu tidak merencatkan penguasaan Portugal dan minit ke-31, Ronaldo akhirnya berjaya menggegar jaring gawang lawan sebaliknya jaringan itu dibatalkan selepas dikesan melakukan kekasaran terhadap pertahanan lawan, Alexander Djiku.

Ketika Portugal terus mempamerkan penguasaan, Muhammed Kudus hampir meletakkan Ghana di depan sebaliknya percubaannya pada minit ke-56 sedikit serong ke sebelah kiri gawang lawan.

Pengadil bertugas, Ismail Elfath menghadiahkan penalti buat Portugal selepas Mohammed Salisu mengasari Ronaldo dan peluang keemasan pada minit ke-65 itu berjaya disempurnakan dengan baik oleh pemenang Ballon d’Or lima kali berkenaan.

Minit ke-73, kedudukkan kembali seimbang apabila Ghana memperoleh gol penyamaan menerusi Andre Ayew namun kegembiraan itu hanya bertahan lima minit selepas Joao Felix kembali meletakkan Portugal di depan.

Selang dua minit selepas itu, Rafael Leao menambah jaringan buat Portugal dan walaupun Ghana memperoleh gol kedua daripada Osman Bukari pada minit ke-89, ia jelas sudah pun terlewat.

Awal pagi Selasa ini, Portugal akan meneruskan aksi kedua Kumpulan H dengan menentang lawan lebih sukar, Uruguay di Stadium Lusail. – KOSMO! ONLINE

 

The post Piala Dunia: Dua gol pantas bantu Portugal benam Ghana appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!