Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

5 Tips Solekan Hari Raya Elak Cakey & Tahan Seharian, Tak Perlu Nak ‘Touch Up’!

Hari Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi untuk meraikan hari kemenangan tersebut, cuba tampil terbaik dengan tips solekan hari raya tahan lama sepanjang hari seperti penulis kongsikan ini.

Selain memakai pakaian yang menawan, jangan lupa bersolek untuk menjadikan penampilan anda lebih sempurna di bulan Syawal nanti. Justeru itu, agar solekan tahan lama seharian dan bebas daripada cakey, terdapat beberapa tips solekan yang perlu diamalkan.

Baca juga: 7 Pencukur Bulu Kemaluan Wanita TERBAIK, Kurang Risiko Cedera & Kulit ‘Miss V’ Licin Je!

TIPS SOLEKAN HARI RAYA

tips solekan hari raya

Gambar: freepik

1. Compress wajah menggunakan ketulan ais

Tips pertama untuk solekan hari raya tahan lama sepanjang hari adalah dengan memampatkan (compress) wajah menggunakan ketulan ais.

Siapa sangka memampatkan muka dengan ketulan ais sebenarnya boleh menghasilkan solekan yang tahan lama. Hal ini kerana, ketulan ais boleh membuatkan pori muka nampak lebih kecil yang menyebabkan pengeluaran sebum dan peluh berlebihan akan berkurangan.

  1. Balut beberapa ketul kiub ais ke dalam tuala bersih.
  2. Selepas itu, letakkan dan diamkan tuala yang mengandungi ketulan ais di muka seketika.
  3. Pastikan anda memampatkan setiap bahagian muka dengan baik supaya hasilnya optimum.

Baca juga: 15 Jenis Bra & Fungsi Sesuai Dipakai Gadis Kecil, Wanita Hamil Hingga Ibu Ada Anak!

2. Pakai primer

Keduanya, solekan hari raya tahan lama sepanjang hari adalah dengan memakai primer.

Penggunaan primer sangat penting untuk menjadikan solekan hari raya anda tahan lebih lama dan tidak luntur sepanjang hari. Selain itu, primer juga boleh menyamarkan penampilan pori-pori besar dan menjadikan kulit lebih licin.

  1. Gunakan primer selepas menggunakan pelembap.
  2. Pastikan sapu primer pada kulit wajah dengan sekata ya.

3. Kunci foundation dengan bedak tabur

Tips ketiga solekan hari raya tahan lama sepanjang hari ialah mengunci foundation dengan bedak tabur.

Foundation merupakan salah satu produk yang wajib digunakan pada majlis-majlis khas termasuk Hari Raya. Oleh itu, agar hasil tahan lebih lama dan tidak mudah luntur, pastikan tutup foundation dengan bedak tabur (loose powder).

Berbanding compact powder, bedak tabur boleh menghasilkan solekan yang lebih semula jadi berkat teksturnya yang halus dan lembut. Semestinya menggunakan bedak tabur sangat membantu anda yang tidak mahu hasil solekan nampak cakey atau putty.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Bahan Semula Jadi, Baru Tak Ada ‘Salji’ Atas Bahu!

Baca juga: Petua Licinkan Pipi Wajah Dari Parut Jerawat Hitam, Guna 3 Bahan Hebat Ini!

4. Guna maskara kalis air 

Seterusnya, guna maskara kalis air (waterproof) sebagai tips solekan hari raya tahan lama sepanjang hari yang keempat. Agar solekan Hari Raya tidak rosak dengan maskara yang menurun, pastikan anda menggunakan maskara dengan formula kalis air.

Sekarang banyak jenama solekan yang mempunyai maskara kalis air dan juga kalis peluh (sweatproof). Jadi, pilih salah satu daripada mereka dan tidak perlu lagi risau tentang solekan mata menjadi rosak.

5. Sembur setting spray

Tips akhir sekali ialah dengan menyembur setting spray pada wajah. Salah satu kunci solekan tahan lama, cuma sembur setting spray secara merata pada wajah anda di akhir proses solekan.

Selepas itu, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengemas solekan setiap kali berasa panas atau berpeluh sepanjang Hari Raya. Hal ini kerana, setting spray mengandungi pelbagai bahan yang boleh menyerap minyak pada wajah dengan berkesan.

Baca juga: Petua Rawat Kuku Guna 5 Bahan Semula Jadi Yang Hebat, Tampil Cantik Berkilau!

Sumber: Moms Money

FT Image: freepik / GENMUSLIM.id/dok: pexels/PNW Production

The post 5 Tips Solekan Hari Raya Elak Cakey & Tahan Seharian, Tak Perlu Nak ‘Touch Up’! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!