Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara Buat Kulit Karipap Pusing Langkah Demi Langkah, Rangupnya Tahan Lama!

https://ift.tt/rXK2jTi

kulit karipap pusing

Sesiapa yang suka makan karipap untuk sarapan atau minum petang, pasti teringin tahu cara buat kulit Karipap Pusing yang rangup dan tahan lama.

Cara buat kulit Karipap Pusing ini telah dikongsikan oleh Fatin Salleh di Facebook, siap langkah demi langkah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Karipap Rangup Sampai Petang, Nak Hasil Berjerawat Cantik Ada Caranya!

CARA BUAT KULIT KARIPAP PUSING

kulit karipap pusing

Doh 1 (doh minyak):

Doh 2 (doh air garam):

  • Tegung gandum
  • Air
  • Garam
  • Sedikit minyak masak

Cara membuat doh 1: 

1. Gaulkan tepung gandum dengan minyak sehingga menjadi doh lembut dan tak peroi (sehingga boleh dibuat jadi bebola dan tak melekat pada bekas)

Cara membuat doh 2:

1. Gaulkan tepung gandum dengan air yang telah dicampurkan garam (sehingga boleh dibuat jadi bebola dan tak melekat pada bekas).

2. Masukkan minyak masak sedikit sahaja untuk elakkan adunan tepung melekat.

Cara-cara membuat kulit karipap pusing:

1. Mula-mula, bahagikan Doh 1 dan Doh 2 kepada beberapa bahagian dan bentukkannya menjadi bulat.

2. Kemudian, balutkan doh 1 dengan doh 2. Pastikan doh 2 cukup untuk balut doh 1.

*Doh 2 perlu disediakan lebih supaya boleh membalut doh 1 secukupnya. Masa ni penting sebab tak nak doh koyak semasa gelek doh nanti.

kulit karipap pusing

3. Sebelum nak gelek nipis, tekan tekan doh dulu supaya dapat mengurangkan risiko doh terkoyak.

4. Setelah siap digelek lebar dan nipis, potong separuh seperti dalam gambar.

kulit karipap pusing

5. Kemudian, gulung rapat.

kulit karipap pusing

6. Gulung sampai jadi seperti dalam gambar.

kulit karipap pusing

7. Setelah itu, gelek lagi sampai nipis dan panjang.

8. Gulung dari kedua-dua hujung sebab nak dapatkan gulungan yang sama besar dan potong bahagian tengah.

9. Daripada gulungan yang telah siap, potong kecil kecil kepada 5 bahagian. Gelek dan isi inti dan kelim. Siap!

Antara tips ketika membuat kulit karipap pusing ialah:

  • Doh 2 perlu dibuat lebih banyak daripada doh 1. Contoh pembahagian tepung, doh 1 – 30g, doh 2 – 50g. Sebab pembahagian tepung doh 2 perlu lebih adalah kerana doh 2 akan digunakan untuk membalut doh 1.
  • Resepi ini tiada sukatan, hanya agak-agak saja. Jika takut doh lembik, masukkan air garam atau minyak sedikit demi sedikit sehingga dapat doh lembut yang dikehendaki.
  • Garam untuk doh 2 perlu dilebihkan sikit sebab doh 1 tadi tiada dimasukkan garam. Ini pun agak-agak juga.
  • Goreng karipap dalam api sederhana, kalau goreng minyak terlalu panas nanti merekah.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatin Salleh

Baca juga: Resepi Karipap Pusing, Begini Cara Dapat Hasil Pusar Tak Merekah Dan Lebih Garing!

The post Cara Buat Kulit Karipap Pusing Langkah Demi Langkah, Rangupnya Tahan Lama! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!